Sunday, May 17, 2009

Fantasi Islam dan realiti Malaysia

"The increasing conservatism of Malaysian Islam probably stems from insecurity and envy, more than from religious values. Lacking the powerful cultural and historical traditions of the Chinese and the Indians, Malays have been vulnerable to the inroads of Saudi-style Islam. It gives them an identity, a sense of belonging to something stronger than their village traditions."

-petikan daripada rencana The Malay Dilemma, oleh Ian Buruma dan bakal diterbitkan dalam majalah antarabangsa, The New Yorkers pada 18 mei 2009

Ada benarnya tulisan penulis Belanda ini. Islam di Malaysia dikatakan dipraktikkan lebih kerana sebab identiti berbanding nilai sebenar Islam.

Melihat sejarah perkembangan awal Islam, kaum muhajirin dan ansar juga bergabung atas ajaran Islam. Namun bezanya ketika itu, mereka baru mula mengenal Islam dan nilai2 Islam dipraktikkan dengan baik dibawah pemimpin agung, Rasulullah SAW.

Setelah majoriti rakyat Malaysia ketika era kemerdekaan menerima falsafah demokrasi barat, kita lupa sebentar akan nilai keIslaman yang dipeluk majoriti Melayu ketika itu. Tidaklah sehingga golongan UMNO mendapat tentangan daripada PAS di era 70an, nilai-nilai Islam mula diterapkan dalam manifesto kepimpinan parti Melayu tersebut.

Selain daripada meraih undi daripada majoriti kaum Melayu, ciri-ciri manifesto baru ini dijadikan salah satu sebab melayu perlu bersatu. Ketika inilah nampaknya penekanan nilai Islam dikatakan lebih kepada pegangan identiti semata. Kerana secara praktikalnya, kepimpinan di mana-mana peringkat masih dibelengu korupsi lantas nilai Islam hanya pada identiti.

bayangkan jika tiada Islam kini di Malaysia, atas dasar apa lagi Melayu ingin bergabung sedangkan dalam kepimpinan politik sudah berpecah belah.

Petikan diatas saya ambil dari blog DS Anwar Ibrahim hm.. mungkin inilah masalahnya di kalangan umat Islam di Malaysia. jangan salahkan penulis petikan berkenaan "conservatism" yang dinyatakan, kerana itu adalah persepsinya yang tidak tahu dan mungkin salah kita sendiri yang gagal mengaplikasikan pendirian Islam dengan cara yang betul.

hidup di Malaysia ibarat hidup dalam dunia fantasi kita sendiri. fantasi yang diukir oleh para pemimpin kita sendiri sejak sekian lama.

Fantasi kerana ramai Islam di Malaysia tidak sedar akan keseriusan masalah kita. bukan hanya sekadar ingin menang politik, tapi melampaui lebih daripada itu. Fantasi kerana rami berfikir tentang betapa seriusnya masalah kita di Malaysia, betapa bagaimana PKR atau BN mahu menang politik, tentang siapa yang lebih berkuasa, tapi terlupa, Islam semakin dipijak dan diludah di luar sana dan begitu jugalah Malaysia sebagai bahan hiburan tawa. Fantasi. Tidak lebih daripada itu.

dan saya percaya setulus hati, kelak Islam di Malaysia akan diludah dan dihinjak jua.

bukanlah saya menolak politik kerana politik adalah asas negara. dalam Islam turut ditunjuk cara berpolitik. Namun politik Malaysia yang berbentuk polemik, retorik, dan keinginan kuasa yang tidak boleh dinafikan amat tidak saya gemari. Inilah fantasi Malaysia.

setelah 50 tahun merdeka, golongan muda melayu hidup dalam keadaan bahagia. (saya tidak berapa gemar bercakap mengenai Melayu kerana saya lebih percaya identiti berasaskan agama)
Bahagia sehingga lebih gemar merempit, lebih gemar bercanda lebih gemar clubbing di malam hari. teringat kenalan saya bercerita bagaimana seorang sahabat Melayunya terkejut beruk setelah dia nyatakan dia tidak pernah clubbing.

saya tidak nafikan saya turut merasa tempias kebahagiaan ini. Kerana itu saya risau.

jika tiada pemimpin Islam yang berpengetahuan selepas ini, siapakah penggantinya ketika kita yang berumur 15-21 naik memimpin ummah?

Ramai kurang sedar, jika leka sekarang, tiada pemimpin selepas ini.

sentimen ketuanan Melayu perlu diluputkan kerana itulah asas pembentukan fantasi.

jika Melayu takut dilambung sahabat kaum Cina dan India di Malaysia, maka berusaha lebih keras. Jangan sibuk berfantasi dengan subsidi dan perlindungan kuota semata.

Islam sesungguhnya menawarkan keadilan dan kesaksamaan dikalangan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

2 comments:

Penagih Cinta said...

Assalamualikum.

Pada pendapat saya, tak perlu ada istilah Liberal, Konservatif dan macam-macam lagi...Istilah-istilah ini dicipta oleh musuh Islam untuk menjadikan umat Islam berpecah-belah.

Apakah 'liberal' itu tidak menggugat aspek akidah Islam? Sedangkan ada puak Islam Liberal menyatakan: "Aurat tidak perlu ditutup kerana hanya Tuhan yang tahu baik buruk hati hambanya. Tidak menutup aurat bukan bermakna dia jahat. Manusia tidak berhak menilai keperibadian manusia lain."

Nampak? Mereka menjadikan hati yang jahat atau baik sebagai sempadan, bukan lagi aspek ketaatan kepada Allah SWT walhal dalam Al-Quran telah disebutkan tentang kewajipan menutup aurat. Adakah Islam Liberal tak nak ikut Al-Quran? Jika tak ikut Al-Quran, adakah ini dikatakan Islam Liberal tak ganggu aspek akidah? Adakah mereka tidak yakin bahawa Al-Quran itu Kalamullah? Di sini sahaja kita dapat lihat aspek akidah sudah terganggu...

Kalaulah kita beria-ia nak berdialog serta berbincang tentang Islam, tak perlulah mengaku ikut Islam Liberal, Konservatif, Hadhari dan pelbagai lagi istilah. Adakah dengan mengaku pengikut Islam Liberal itu bermakna dia terbuka fikirannya dan orang lain pula tak terbuka fikiran? Adakah mengaku Islam Liberal itu fikirannya bebas tanpa mengikat kepada soal pokok Islam itu sendiri?

Pada spendapat saya, mana yang tak ikut Al-Quran dan Hadis haris ditolak. Dalam Epistemologi Islam yang dipelajari dalam Falsafah Pendidikan, Al-Quran adalah sumber ilmu utama atau asas...yang berubah hanyalah Furuq (cabang). Kalau benar-benar nak pandai dalam ilmu-ilmu khusus Islam, kita perlu tuntut ilmu yang sahih dari seorang guru...Internet hanyalah lambakan maklumat yang perlu ditapis menggunakan ilmu yang telah kita tuntut daripada guru.

Lastyly, jika kata putus kebenaran sesuatu yang relatif (sepertimana orang mengatakan kecantikan itu suatu yang relatif), jadi apakah yang 'absolute' di atas muka bumi ini?
Jika kesesatan/kebenaran itu relatif, maka porak perandalah dunia...Tidak ada manusia yang akan berpuas hati sebab keinginan hati tak sama sedangkan fitrah hati manusia sentiasa mencari kebenaran. Apakah matlamat hidup manusia yang percaya dengan relatifnya kebenaran/kesesatan itu? Mungkin disebabkan dengan kepercayaan itu, maka dia menolak syurga dan neraka sebagai balasan kebenaran/kesesatan. Nauzubillah...

Al-Quran dan Hadis telah diwahyukan. Ikutlah ia, selamatlah kita. =]

Suraya Sajoli said...

hmmm, sounds a bit wrong but xtau nak tulis kt mane..hehe,
nwy, hey! thx for visiting my blog! abc C ctr dpt scholarship bnk negara, cool~.