kakak saya terus mengejek dalam nada yang bertapis agar saya tidak terasa hati. "alang, mana gambar dalam blog alang ni? x best la xde gambar. lame" nanti la angah yer. nampaknye kakak saya seperti berkehendakkan lebih dari namanya sahaja diletakkan dalam blog ni. saya dapat rasakan keinginannya.
di kolej Yayasan UEM, ramai nampaknya golongan yang sebaya saya bersemangat dalam menyatakan pendirian mereka sendiri terhadap situasi politik negara. ada yang berpihak kepada pihak Pembangkang, ada yang berpihak kepada Kerajaan. Saya pula? seorang bakal reformis yang melihat kepada keinginan tertegaknya Syiar Islam. cukup sekadar itu.
suatu hari, bercanggahlah pendapat saya dan beberapa orang sahabat, mengenai beberapa isu. PPSMI, isu kerajaan Perak, kerajaan campuran, isu bgaimana seseorang ahli politik dibenarkan bertanding walaupun ada masalah politik wang.
hah. saya nampak jelas. kami hanya segolongan orang muda. yang pasti, niat kami sama. mungkin cara yang berbeza. masing-masing inginkan kejujuran dalam berpolitik, kemajuan negara, kemajuan anak Malaysia, ketelusan perlaksanaan undang2.
cuma, cara yang berbeza. kerana itulah wujudnya yang menyokong dacing, menyokong bulan, menyokong roket, dan lain2 yang sewaktu dengannya.
saya berfikir semula, disamping perut yang lapar, sejauh mana seseorang penyokong tahu ketelusan seseorang yang disokongnya. sekiranya saya meletakkan beberapa ayat dari kitab suci Al-Quran, mungkinkah saya boleh dipercayai? jika BN dapat buktikan Pakatan salah, apakah kepastian kita bahawa BN berada di pihak yang benar dan sebaliknya?
jawapan tiba2 muncul dalam kepala saya yang sejak lahir memang cerdik, segalanya berasaskan keyakinan. yakinlah. dan kadang2 manusia lupa berfikir agar tidak yakin dan percaya membuta tuli.
saya sedih. ada pihak di blog2 yang menabur tuduhan dengan semudah cara. biarlah berapa kali pun orang menaburkan kekecewaan, biar sebosan mana pun isu ini diperdengar, fitnah tidak akan terhapus.
sahabat2 yang sebaya, if u ever read this, ingatlah, berjuang atas sebab yang betul, tapi atas cara yang salah, ada balasan yang menanti.
No comments:
Post a Comment