Friday, June 26, 2009

pelik dan jijik

sepanjang kehidupan, pelbagai jenis manusia sudah saya jumpa.

rasanya dunia ni masih luas untuk diterokai.

jadi, beberapa hari lepas, terjumpa satu ciri manusia lagi yang agak unik.

selesai menonton cerita di panggung wayang, terasa ingin ke tandas.

saya bergegas ke tandas terdekat.

kelibat lelaki yang membuang air secara berdiri di tandas gantung tepi dinding.

saya masih tidak faham kenapa mereka tidak kisah akan kekotoran yang mungkin terpalit pada seluar mereka.

lebih-lebih lagi jika mereka yang saya beranggapan iras-iras muslim.

jijik. kita lupakan.

terpandang dari sudut masuk, sebuah pintu jamban terselak. tanda tiada orang.

terdesak, saya bergerak pantas.

menolak pintu jamban dengan berhati-hati, terlanggar sesuatu yang agak ampuh.

tolak sekali lagi,

"hei"

saya pandang ke dalam, seorang lelaki cina sedang kencing.

dia memandang saya.

mata bertentangan,

"oops, i'm sorry" balas saya sambil menutup pintu dan bersandar di dinding belakang.

terpana seketika.

oh ya. lelaki itu membelakangi saya, jadi tiada apa yang peribadi yang saya nampak melainkan lelaki itu kencing berdiri.

setengah minit kemudian, lelaki itu keluar, tidak memandang ke arah saya. buat seperti biasa.

selesai urusan saya, saya berfikir buat seketika.

mengapa lelaki itu tidak mengunci jamban?

mungkinkah dia terlupa? atau sengaja tidak mengunci pintu? tidak sempat? tidak kisah?

hm.. kategori baru manusia, tidak kisah orang melihatnya membuang air kecil.

saya terus berfikir..



ciptaan tandas dinding oleh manusia, tempat buang air kecil tanpa dinding, menunjukkan orang tidak lagi kisah akan orang lain melihat mereka membuang air kecil.

saya terus berfikir.

mungkinkah selepas ini ada pula orang akan mereka cipta jamban duduk tanpa dinding?

iyalah

kalau orang kencing pun dah tak kisah, apa masalahnya mempamerkan orang berak pula?

atau mungkin sudah ada. cuma belum sampai ke malaysia.

saya tidak menggunakan tandas dinding berdiri itu. pertama sekali, sebab itu bukan ajaran Islam dan sunnah Rasul yang saya belajar.

kedua, saya rasa jijik bila percikan urine terkena kaki seluar atau lantai atau apa2 sahaja.

ketiga, saya segan untuk buang air di hadapan khalayak.

pelik manusia ni.

sampai satu tahap, kencing di tepi longkang sahaja di khalayak.

sedar atau tidak, kritikan berkenaan buang air di depan khalayak ini menyentuh ramai umat manusia di luar sana, kritikan terhadap cara mereka menguruskan diri.

bukanlah saya ni pembersih yang paranoid. cuma bab buang air ni sahaja.

semakin lama, semakin banyak yang manusia ni hendak tunjuk.

mungkin ingin buktikan, kita mampu.

may Allah guides us all..

apa pula selepas ini ya?

2 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah untuk post ini. saya pun selalu terfikir jikalau lelaki ni tak malu ke, jijik semua perasaan lah kalau buang air di tempat terbuka tu. sebab itu kan style mat saleh. gelinya tak boleh terbayang. yg basuh tangan lepas tu boleh terima lagi. kalau yg tak? na'uzubillah. terima kasih kerana menjawab keraguan saya selama ini. baru sekarang saya mengerti perasaan lelaki yg kisah bab-bab ni. syabas lelaki muslim. (=

Anonymous said...

tak kisah kencing di dalam jamban atau di luat jamban.. yg penting kalau nak sembayang pakai la pakaian khas yg bersih...

tiap org tak sama - ada yg tak malu & ada yg malu.. saya jenis tak malu .. dah biasa kencing berdiri kat tempat terbuka