Friday, July 31, 2009

isu sakit

junior sudah hampir sebulan masuk kolej.

belum hampir sebulan, kolej sudah pun ditutup atas sebab kesihatan komunitinya.

ada yang sihat walafiat seronok bila dapat tahu dapat balik rumah seminggu.

ada yang dikuarantin tidaklah berasa sebegitu seronok.

yang berjaga-jaga juga tidak begitu seronok.

ialah. manalah tahu Influenza.

kolej ditutup secara rasmi beserta notis Isnin lalu pada27 Julai 2009.

sebelum kolej ditutup, komuniti pelajar seronok bergegak gempita berlatih untuk pertandingan boria Interhouse sempena Minggu Citra Budaya.

saya salah seorang AJK Minggu Citra Budaya.

maka kecewalah barisan organiser kerana beberapa pertandingan terpaksa ditangguhkan seperti Final Pantun dan Boria sendiri.

pasukan Boria House of Garnet umpamanya mengalami defisit ahli dari 15 orang kepada 6 orang pada Ahad 26 Julai.

oh ya. pada pagi Jumaat 24 Julai, dikatakan lebih 160 pelajar melaporkan diri di sick bay atas pelbagai alasan sakit yang logik seperti demam dan batuk-batuk serius.

itu baru pelajar yang melaporkan diri, yang tidak melaporkan diri seperti saya? staf? para guru? anak staf?

pada hari Ahad, saya mengambil topeng yang dipakai jika batuk di sick bay. ada pemeriksaan beramai-ramai hari itu oleh pihak kementerian Kesihatan.

disebabkan saya berlagak cool, maka tidaklah saya pergi memeriksa diri ketika pihak kementerian sampai. orang hebatlah katakan. tenanglah kawan. apa nak risau. sakit sikit saja.

sedang duduk menonton televisyen sambil makan aiskrim di cafe, seorang sahabat datang mendekati.

' kau tak pergi check ke kash?' 'kau dahla batuk, makan aiskrim lagi'

alahai, tenangla kawan. dia bagi kau apa lepas check?

'dia bagi aku m.c untuk hari Isnin.'

lalu bergegas saya ke tempat pemeriksaan.

pegawai bertanya pada saya

'staf ke student?'

student bang.

'nah, ambik borang ni isi.'

usai mengisi borang, abang pegawai perubatan itu mengambil suhu badan. dalam hati menempik.

Panasla! tolongla panas!

'uish panas jugak ni dik'

hah? betul ke panas? adakah doa ini dimakbulkan?

'ke kau berlari tadi dik?'

saya tergelak kecil tidak menafikan..

abang pegawai mengambil suhu sekali lagi.

dia bertanya pada kawannya

'eh, cuba kau tengok ni? ok tak?'

'ok je' sahut kawan di sebelahnya.

'suhu normal ya dik'

saya gagal mendapatkan mc.

hari Isnin tetap dapat balik rumah.

2 comments:

Haq Mohaidin said...

hahahahahhahahahahahahhaha

Arjuna said...

Saya juga perlu balik bercuti di kampung selama seminggu setelah kampus ditutup. 400 org lebih dijangkiti demam + batuk.