Tuesday, July 28, 2009

syabbas abg driver

post ini ditujukan khas buat abang driver bas Mara Liner pada 18 July, jam 6.30 ptg.

walaupun abang rasanya tak kan terbaca post ni, tapi biarlah orang lain tahu kehebatan abang dan doakan yang terbaik.

dan juga untuk mereka yang banyak membantu pada hari sabtu itu.

pada Sabtu 18 Julai 2009, saya beransur ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan kakak seorang sahabat.

terima kasih Angah sebab sudi ambik alang kat Lembah Beringin untuk hantar ke KL.

majlis tidak membantu saya berasa lebih baik tentang diri sendiri, though it was a nice majlis.

terima kasih bro Nabil, sahabat SBPI hingga sekarang, sebab sudi teman saya ke majlis yer.

usai majlis, kami beransur ke KLCC. dengan harapan, dapat lepak lama-lama sikit sebelum saya beransur ke Tanjung Malim pada petangnya.

lepas makan KFC (saya tidak lalu makan sangat di majlis), kami beransur. saya mengorak langkah ke Pudu, Nabil ke pejabat ayahnya dengan harapan ayahnya akan bawak dia pulang sekali.

sampai Pudu, saya mencari bas untuk ke Tg Malim. perancangannya, beli tiket ke tg malim, sampai sana beli barang di pasar malam, cari teksi untuk ke Lembah Beringin.

saya beli tiket bas Mara Liner.

tiba masa, jam 6 pm, saya naik ke atas bas.

ketika itu pemandunya belum ada.

saya yang ketika itu berada dalam keadaan beremosi, terus mencari tempat duduk dan cuba melelapkan mata.

sedang dalam usaha tidur, konduktor bas datang menyapa,

'adik, tiket dik' saya hulurkan tiket dan sambung usaha.

bas bergerak dan saya terjaga apabila bas berhenti secara tiba-tiba..

masih beremosi negatif ditambah mamai, saya memerhatikan sekeliling.

bas berhenti di simpang masuk RnR Rawang tapi tidak masuk ke dalam kawasan RnR.

saya pelik dan berdasarkan pemerhatian, penumpang lain turut pelik.

tiba-tiba, terdengar satu suara dari depan bas.

'tu yang kat belakang tu buat apa dua-dua orang?!'

tegang bunyi suaranya.

'ingat duduk kat belakang aku tak nampak ke?!'

suara menjerit lagi. saya menelengkan kepala ke kiri dan lihat abang driver yang sedang menjerit..

pada dapatan saya, rasanya dia sedang menegur orang membuat onar di tempat duduk belakang.

'dua-dua orang tu meh duduk depan ni!'

malas hendak mengambil kisah, saya cuba pejamkan mata semula..

buat beberapa ketika, bas masih tidak bergerak..

'mari duduk kat depan ni! duduk belakang entah buat ap tu! ingat aku tak nampak?!'

selepas beberapa saat, terdengar tapak kaki dari belakang bergerak.

sambil menyandarkan kepala di tingkap, saya membuka sebelah mata. seorang lelaki berbadan agak gempal, berbaju coklat, dan seorang wanita juga agak gempal, berbaju putih dan bertudung berjalan melepasi tempat duduk saya.

hm..

beberapa ketika kemudian, bas bergerak semula.

sampai ke Tg malim, pasangan itu yang pertama keluar dari bas.

saya yang terakhir.

sampai kepada pemandu, saya ucapkan terima kasih dan saya terkejut.

pemandu bas masih muda, tetapi lebih tua dari saya. pada amatannya, dalam lingkungan 28-30 tahun.

kagum kerana dia begitu berani menegur secara terus, berbeda dengan pemandu bas yang lain yang lebih selesa senyap sunyi. seperti saya juga.

tiket bas= RM7. teksi= RM25.

emosi masih terganggu.

3 comments:

Dai said...

syabas juga kpd abg driver!!!

Penagih Cinta said...

Orang Melayu kah?

Dalam bas perlu diletakkan notis "DILARANG MEMBUAT MAKSIAT DI DALAM BAS. DENDA RM1000."

kash berimbun said...

dai: memang padan la dapat syabbas yer abang.
Edu: kalau letak signage tu pun entah orang kesah ke x.. sedangkan sign membuang sampah pon orang tak hirau..