Thursday, August 13, 2009

abang dan kakak peliharaan

Kolej Yayasan UEM mengaplikasikan sistem rumah.

Topaz, Garnet, Diamond, Sapphire.

Kami tidak menyebut warna di hadapan.

oh ya, bagi yang tidak tahu, Garnet itu rumah warna merah.

Tidak mengapa, itu bukan soalnya.

setiap rumah pula ada sistem yang digunakan, agar setiap pelajar merasa mereka disayangi dan merasakan mereka penting buat pelajar yang lain.

sistem 'Petfamily' atau keluarga angkat.

Setiap senior akan diberi nama 2 atau 3 pelajar junior yang akan menjadi petsibling mereka yang baru.

sebagai senior di tahun kedua dan terakhir di kolej, kami dikehendaki mengadakan majlis selamat datang buat junior-junior yang baru masuk kolej mengikut rumah masing-masing.

maka, sebelum majlis diadakan, senior akan menghantar surat buat adik-adik junior yang lain namun, dengan menggunakan nama samaran.

maka harus bagi junior untuk meneka siapakah senior yang menjadi petbro dan petsis mereka melalui cara berbalas-balas surat dengan mereka.

surat yang dihantar akan ditampal pada board di dinding yang ditetapkan.

saya turut mendapat 2 orang junior dalam petfamily saya.

pada mulanya, saya agak malas untuk mengutus surat.

ialah, susah-susah nak kena merahsiakan identiti sampai majlis selamat.

membazir kertas, tenaga dan dakwat pen.

namun pada suatu tengahari, ketika makan tengahari, saya terlihat wajah seorang daripada mereka yang melihat ke arah board di dinding..

kelihatan seperti mencari sesuatu..

wajah yang kelihatannya begitu teruja mencari surat..

namun sayang..

surat tidak ada..

senyuman di bibir hilang, dia beransur ke dalam dewan makan bagi santapan tengahari..

oh, betapa kejamnya daku!!!



sambil menyuap daging ke dalam mulut, saya bertekad untuk menghantar surat pada petang itu juga!



usai makan, saya pulang ke chalet, mencapai sehelai kertas dan pen.



saya mula menulis..



terus menulis..



kepada junior yang dua itu.



dengan menggunakan nama samaran 18sx, saya pun menampal surat pada board di dinding.



saya turut teruja!



tak sangka, seronok rupanya merahsiakan identiti ni.



malam itu, surat saya dibalas. kedua-duanya bertanyakan klu-klu yang menunjukkan identiti saya.



wah! cepat benar mereka ini.



bersusah payah, saya memberikan klu yang sepayah mungkin untuk mereka teka.



saya tergelak mendapat respon semula yang mengatakan klu-klu yang diberikan susah untuk diteka.



ah seronoknya.



permainan diteruskan.



kemudian..



dalam masa dua hari,



identiti saya bocor.



ada sahabat senior yang mmbocorkan.



cis!



membazir kertas, tenaga dan dakwat pen.

3 comments:

Sakinah Mohd. Farit said...

kesian...identitiku masih selamat sehingga ke malam majlis selamat datang. :)

Dai said...

identitiku juga. teruja.

Zatil said...

pernah main teka2 identiti ni, between form 1 dgn form two time kat skolah dulu. smpai last x dapat teka sape budak form two tu ces!!