"Melayu itu Islam. Islam itu bukan Melayu."
Itulah yang saya percaya.
Saya, seperti yang telah saya nyatakan, sukakan sejarah.
Saya masih dalam proses mencari sebab mengapa di dalam perlembagaan ditulis 'Melayu itu Islam'
Kerana Melayu di Malaysia kini, ramai yang sudah jauh dari kenyataan Islam.
Ramai yang berlagak persis dia tidak tertakhluk dalam lingkungan Hukum Allah. Mungkin saya juga termasuk didalamnya.. Harapnya tidak.
Maka mengapa tidak ditangkap mereka yang seolah-olah berlagak seperti bukan Islam ini. bukankah melanggar perlembagaan? Jika Melayu itu Islam, maka lagaknya mestilah seperti Islam. Bukankah begitu?
Ada yang sedar akan ikatannya pada Islam, tapi segelintir menoreh pula indah Islam itu.
Rasuah, korupsi, Judi, Arak.
Menghina, Memfitnah, Membohong, Mengubah, Mencipta
Membutakan, Mengaibkan, Mementingkan, Menidakkan, Membenarkan
Itu Melayu kita. Melayu Islam. Dari golongan rakyat seperti saya, hingga para pemimpinnya yang masih tidak ada kerjasama.
Mungkin kerana selagi ada Iman biar pun sedetik, selagi dia masih percaya pada syahadahnya, Ia masih Muslim. Maka siapa kita menentukan orang itu Muslim atau tidak? kita tahukah nilai Imannya?
Jawapan itu pasti ada, cuma wajib dicari.
Maka, buat sementara waktu, saya mengutarakan konklusi saya sendiri.
Mungkin, pemimpin ketika itu berpendapat:
"Melayu diletakkan sebagai Islam kerana Melayu akan jadi lebih teruk jika tiada pimpinan Islam itu."
atau mungkin:
"Jika tidak dilabel sebagai Islam, siapa orang Islam? dan bagaimana negara ini nak menjadi negara Islam?"
atau mungkin:
"Ramai orang Melayu ketika Perlembagaan ini ditulis, Melayu ramai yang beragama Islam sehingga kedua-duanya bukan lagi entiti yang asing."
Ini hanya konklusi sendiri berdasarkan logik akal sendiri dan bukan berdasarkan fakta. Saya perlu mencari jawapannya. Sila bantu jika ada.
Tapi yang pasti,
Melayu itu Islam. Islam itu bukan Melayu.
1 comment:
amat setuju dengan yg berhormat!!
semasa saya di kem BTN tempoh hari, kami diberi satu tugasan. setiap org dikehendaki memberi nilai kepada 5 perkara; negara, agama, bangsa, keluarga dan diri sendiri. Namun angka nilainya hanya ada 4; seringgit, 50sen, 20sen dan 10sen. Jadi satu perkara tdk akan ada nilai.
saya tidak pasti apa yg saya nilaikan kepada perkara lain, tetapi saya memberi nilai kepada agama, dan tidam memberi nilai kepada bangsa. apabila ditanya, saya menjawab saya menilai agama lebih dari bangsa, dan saya merasakan nilai bangsa memang tiada dalam agama. bak kata lain, jika mahu memilih islam atau melayu, saya memilih islam kerana saya mengatakan org islam lebih tinggi nilai dari melayu.
dan selepas itu saya 'dimarah', atas sebab fasi mengatakan saya tidak faham perlembagaan msia. menyatakan melayu adalah islam. hakikatnya saya faham itu, cuma saya pasti melayu yg tidak islam sudah ramai, dan realitinya melayu bukan semuanya islam.
Post a Comment