Monday, March 22, 2010

Cuai betul ayah mak mereka

Kebelakangan ni, semakin banyak dengar berkenaan buang bayi.

Tepi tong sampah, dalam tandas, dalam tong sampah, tepi semak.

Lebih menakutkan apabila bayi bukan saja dibuang, tapi baru2 ni, dibakar.

Pendapat peribadi.

Celakalah mereka yang terlibat.

Pendapat peribadi lagi.

Saya rasa yang terlibat ni selalunya orang yang tak sengaja terbuat bayi2 ni.

Disebabkan saya ni orang Islam Melayu, saya komen dari kacamata Islam Melayu.

Situasinya macam ni,

Kalau ikut prosedur Islam, kena kahwin, sah, baru boleh buat anak.

Selalunya, orang sayang anak2 ni. yelah, baby comel baru lahir. semua nak cubit pipi.

Tapi, ada golongan ni, dah terbuat anak tanpa lesen nikah yang sah.

Kantoi..

Kalau tiba2 perut bunting, majlis akad tak buat lagi, apa kata orang pulak kan?

Penyelesaian?

Menyorok dari mata umum.

cukup 9 bulan, anak yang tak bersalah tu lahir, kita letak tepi tong sampah. tempat anjing liar cari makan.

Lain kali, kalau nak buat hubungan seks, ingat, kena kahwin dulu. mana2 agama pon macam tu.

Kalau tak kahwin, inilah jadinya,

orang lain gembira mengandung, kita fikir macamana nak sorok perut.

Jangan zina.

Kalau dah tak sengaja jugak, pergilah mintak bantuan. jangan sembunyi.

Masa-masa macam ni, cukup sesuai kalau nak ingat Tuhan.

bila dah ingat Tuhan, at least boleh fikir rasional sikit.

Malaysia ni sebenarnya ada banyak persatuan yang boleh membantu.

Pesanan umum kepada masyarakat pulak.

Kalau tiba2 dah terjumpa pasangan yang mengandung anak luar nikah, jangan la benci memanjang.

Bagilah sokongan sikit.

Dasar manusia bodoh kalau asyik nak mengutuk sahaja kerjanya.

Kalau dah semua orang kutuk, padan la anak luar nikah tu kena buang.

Apa-apa pun,

Kita tidak boleh duduk sahaja, mengharapkan semua orang akan menjadi Muslim sejati.

Kita kena berusaha.

Didik dari kecil, suruh mereka berfikir, harapkan ibu bapa, ustaz ustazah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, bagus, tapi itu sahaja tidak cukup.

Jadi lebih realistik. Tunjukkan dan maklumkan kepada umum tentang saluran yang betul jika terjadi masalah2 seperti ini.

Ajarkan didikan seks pada umur yang sesuai.

Buang stigma membenci dan jijik kepada diskusi masalah ini.

Paling penting, sedar diri sendiri sebelum sedarkan orang lain.

4 comments:

Kelon Eric Bana said...

langkah-langkah preventive lagi bagus sebenarnya.

aku kalau boleh bila anak masuk uni nanti, dah suruh nikah kut?

belajar, kawin, ekonomi, memang susah sikit kut? tapi masa paling sesuai untuk anak-anak belajar cara nak hidup/

sebagai parent, support la untuk kelansungan.

wallah hua'lam

kash berimbun said...

prevention is better then cure.

tapi zaman sekarang, jelas dan nyata, prevention pon hampir tak berkesan.

better tekankan both prevention and cure.

Haq Mohaidin said...

Buang stigma membenci dan jijik kepada diskusi masalah ini.

suka

EDU3217 : Teaching the Language of Drama said...

Islam perlu kembali kepada hukum hudud. ;]