Termasuk lah saya.
Kenapa kita perlu ingat mati?
Bagi saya adalah untuk memastikan kita dapat makan apa yang kita nak sebelum kita mati.
Yelah, nanti kalau dah mati, dalam kubur mana nak dapat lamb chop.
Mana nak dapat grilled chicken chop.
Berdasarkan pendirian ini, saya pergi ke Alamanda untuk makan Piza Hut seorang diri pada Sabtu malam Ahad 27 Mac 2009.
Sampai di Alamanda, saya singgah dulu di Carefour dengan niat nak search komoditi yang nak dibawa ke kolej keesokan harinya.
Setelah membuat survey umum, barang-barang yang nak dibeli sudah pun dikenal pasti dengan harga yang berpatutan.
Saya beransur ke Piza Hut dulu tapi kecewa melihat barisan manusia yang turut nak merasa Piza Hut begitu panjang.
Mengapa mereka begitu bersemangat nak makan Piza Hut malam ni?
Mengapa tidak Kenny Rogers atau the Chicken Rice Shop?
Mungkin mereka turut mengingati mati.
Maka saya beransur untuk makan Grilled Chicken Chop di medan selera RASA Alamanda sahaja.
Syukur, mungkin disebabkan niat yang betul, seksyen makanan barat tidak ada orang.
Abang yang jual cakap grilled chicken chop dengan chicken chop biasa ni bezanya adalah ayamnya dipanggang berbanding chicken chop biasa dimana ayamnya digoreng.
Sekarang jelas mengapa namanya grilled chicken chop.
Sebenarnya saya tidak ada idea untuk menulis hari ini.
Tapi sebab nak menulis jugak, tulislah pasal western food.
Selamat menjamu selera
No comments:
Post a Comment