Wednesday, April 28, 2010

bahasa BAHASA

Mana bahasa kita?

Bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia?

Kawan-kawan saya ada bangsa India, ada bangsa Cina

Semua guna bahasa yang sama

Kadang-kadang bahasa Inggeris

Kadang-kadang bahasa Melayu.

Bahasa Melayu ke bahasa Malaysia?

Fikir lama-lama, pening-pening kepala

Ada yang tak puasa hati

Mereka takut bahasa kita nanti mati

Ayah saya pernah cakap,

Bahasa kita ni bahasa yang unik

Jadi pengantar ilmu agama

Diguna pakai seluruh nusantara

Tapi tu kisah dahulukala

Sekarang ini apa bahasa kita pun dah lupa

Mana bahasa kita?

Mne bhasa kte?

Mn bhs kt?

Bahasa Melayu ke bahasa Malaysia?

Ramai risau pasal bahasa

Sampai terlupa ilmu dunia

Ilmu agama pun sama sahaja

Tak kisah yer?

Tak apa la

Kita tunggu 20 tahun lagi.

Ketika itu baru nak bukak mata.

Semua dah hilang, lenyap semuanya

Tuesday, April 27, 2010

ikut suka hati korok mung

'bila kau nak update blog kau ni kash?"

Seorang kawan bertanya pada saya pada suatu petang hening.

"Kau baca ke aku punya blog?"

"tak de la sangat, tapi kau macam dah lama tak update."

"Nanti aku ada idea aku update lah, sekarang ni tak ada feeling lagi nak tulis apa"

.......

Semalam di Hospital Selayang..

"Awak ni saja baca ke, belajar dengan hafal?"

Seorang pakcik berkaca mata yang saya perasan asyik usha saya yang ketika itu sedang membaca buku History of The Cold War bertanya selepas beliau mengumpul keberanian untuk bersuara.

" oh, saya tengah nak menghafal pakcik. saya belajar benda ni"

Seyap seketika...

"Pakcik dulu pun belajar benda ni, Cold War, apa semua ni."

"owh yeke" ujar saya kembali dengan pendek.

"adik kalau nak faham betul-betul kene faham dari World War 1 dulu, waktu Austria pecah, semua tu"

Tiba-tiba saya makin tertarik dengan pakcik ni. Tertarik secara intelektual.

Kerana saya ada stigma terhadap lelaki tua, berselipar hitam, hampir botak, berkaca mata tebal, seluar slack hitam dan t shirt berwarna coklat yang tidak dimasukkan ke dalam.

Mereka orang kampung yang bekerja di kedai runcit atau ladang dan datang ke hospital untuk pemeriksaan bulanan sebab terlalu banyak minum teh tarik ketika lepak di kedai minum.

saya bertanya pada pakcik itu

"Banyak yang pakcik tahu yer?"

"Pakcik dulu nak ambik undang-undang jugak, tapi tak lepas. Masa pakcik dulu, law ni dekat UK je, kat Malaysia tak ada"

"Tak lepas?"

Saya terlepas cakap.

Herm.. betul lah agaknya stigma saya tu

Pakcik tersebut tergelak sendiri.

"Pakcik dulu kerja dekat banyak tempat, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Bank, Kedutaan Malaysia di German, sekarang dah bersara"

Pakcik itu kemudiannya bercerita tentang Cold War yang saya tengah berusaha nak menghafal ketika itu. A sampai Z.

sehinggalah nombor gilirannya dipanggil. 0021, bilik 22

Pakcik itu bangun perlahan melangkah masuk ke bilik pemeriksaan.

Saya terlopong sendiri.

Stigma go to hell..

Saya mintak maaf pakcik.

you are a good man.

smart, full of knowledge and experience,

A good man.

Saturday, April 24, 2010

Abang ku dan Kakak ku nak kahwin

Tahun ni ramai yang nak kahwin dalam keluarga saya.

Dalam kategori pakcik, seorang dah lepas bulan 2 lepas, seorang lagi bakal dalam beberapa bulan lagi.

Dalam kategori sepupu, seorang cuti sekolah ni. tak ingat cuti bila. bulan 6 ni kot rasanya. ke bulan 5.

Yang merisaukan adalah dalam kategori adik beradik sendiri.

Sepantas kilat, Abang Iman dan Kakngah nak kahwin tahun ni.

Ni apahal nak kahwin tiba2 ni.

kejutan budaya kepada adikmu wahai abang dan kakak.

Sebenarnya yang kakngah ni memang dah dijangka. sebab dah rancang dari tahun lepas.

Abang Iman ni yang saya terkejut sikit.

Elok2 rancangannya nak bertunang je tahun ni, terus nak menikah dah bulan 6 ni.

lagi awal dari kakngah yang bakal jadi isteri orang bulan 8 ni.

Bukan apa saya ni.

Terkejut je.

Dalam sekelip mata, tinggal saya seorang yang paling tua yang masih single.

Adoi..

Dalam sekelip mata, saya dah ada abang dan kakak ipar pulak dah.

Tak pela abang Iman, Kakngah, semoga bahagia la yer nanti.

Saya nak anak sedara. hoho

Friday, April 23, 2010

Tajuk itu apa maknanya bang?

Sahabat saya ada bertanya, kenapa letak tajuk blog 'kalau dah senang, susah nak susah'


Inilah kisahnya

.........

waktu nak buat blog ni dulu, saya tengah semangat buat-buat faham politik.

Biasala, keluarga saya ada yang terlibat politik ni.

UMNO ada, PKR ada, PAS ada, dan lain-lain yang sewaktu.

Masa tu tengah bising dengan isu rasuah merasuah ni.

Orang ni masuk mahkamah, orang tu masuk mahkamah

terfikirlah saya, mengapa orang sudi terima rasuah dan kenapa ada orang nak bagi rasuah.

Maka saya sampai kepada konklusi

Bila orang dah senang, dia cukup takut untuk jadi susah semula.

Bayangkan dari duduk kat rumah  

kena bayar bil letrik selalu lambat sebab tak cukup duit.

nak bayar duit astro pun tension.

Tiba-tiba satu hari dapat jadi kaya. 

Gaji naik

Pangkat naik

Semua naik.

Kereta pun dah jadi mahal.

Apa barang pakai kereta buatan domestik.

Pakai kereta buatan Jerman baru stailo.

Channel Astro pun bertambah

Siapa yang sanggup nak tinggalkan benda2 ni dan kembali susah?

Haa.. dalam kepala otak saya yang tahap dolphin ni

Sebab inilah orang merasuah..

nak kekal dalam situasi yang selesa..

tak sanggup rasanya nak kembali susah..

sebab itulah sanggup buat apa saja untuk kekal senang..

.......
Relevan rasanya..
Biasalah orang muda..
Ini pendapat saya.

Exam pon tak habis lagi

Wednesday, April 14, 2010

teori karut budak kolej p-16

Mengapa saya suka bangun pagi di hari Rabu di KYUEM?

Ada makan sosej sebagai breakfast

Bukan takat sosej je, siap dengan scramble egg dengan baked beans sekali.

Rasa macam orang Putih pulak

Selalu kat rumah makan nasi lemak, nasi goreng, etc2

Teringat dulu waktu UPSR, abah beli sosej dengan baked beans buat makan waktu breakfast.

Kenapa abah buat macam tu waktu anak2 dia nak exam?

Itu kita tak tahu.

Mungkin kurang mengantuk sikit dari makan nasi lemak.

Tapi yang penting, kisah hari ini bermula dengan seorang sahabat membuka kisah pasal dajjal.

Setakat ni dah ada dua teori berkenaan macammana Dajjal muncul nanti.

Teori pertama dari seorang sahabat dipanggil Bangbil (muka dia ada iras raja lawak)

Teori beliau menyatakan

"Dajjal ni nanti orang cakap boleh gerak cepat giler. Jarak yang biasa orang jalan setahun, dia jalan dalam masa sehari je"

"kau tau tak macamne dajjal boleh sampai macam tu? aku rasa sebab internet doe"

"kan internet sekarang laju giler, kau tengokla blog2 pon senang je nak pengaruh orang, nanti dajjal pakai blog je nak pengaruh orang apa semua"

Begitulah teori Bangbil. saya tak tahu samaada dia ambil dari mana-mana orang teori ni, tapi yang saya tahu, saya first time dengar dari dia.

Dajjal menggunakan Internet sebagai medium menghasut manusia.

Mungkinkah Dajjal akan ada account Facebook? Atau laman blog www.dajjalhasut.blogger.com?

Wallahualam.

Teori seterusnya adalah teori kebangkitan Dajjal.

Setakat yang saya tahu, teori ini difikirkan sendiri oleh sahabat saya yang bergelar Mandur.

Teori beliau menyatakan

"Kau perasan tak kat dunia ni mesti ada macam persatuan underground yang berpengaruh kat setiap negara"

"Maksudnya macam persatuan-persatuan yang non-profit sangat la, macam freemason gitu"

"aku rasa kalau kat Malaysia ni macam makoba doe"

"makoba ni kan macam kaya apa semua kan, tapi takdela sampai nak pengaruh politik, macam ada ciri-ciri underground sikit kan"

saya tak faham maksud dia.

tapi yang penting adalah apa yang dia cakap selepas ini.

"Sat lagi, entah-entah diorang puja dajjal ke ape kan. sebab tu la raja-raja semua macam respek makoba. semua cuak kat diorang"

ini satu lagi teori yang berasaskan hidayah yang dapat dalam toilet.

Saya pun rasa dia tak tahu makoba tu apa.

Dajjal muncul kat Malaysia sebab makoba puja dia.

Initlah teori yang saya rasa paling mengarut setakat ni.

Disclaimer: pendapat-pendapat diatas dikeluarkan oleh budak-budak kolej yang nak komen pasal tajwid pun tak cukup ilmu lagi. jadi jangan marah atau ingat kami dah terpesong ke apa. Ini adalah pendapat yang bila dengar, semua orang gelak. relax suda..

Tuesday, April 6, 2010

Rep: Arjuna


Melihat pada komen Mr Rafiqin tu, memang amat melampau sekali.

Tak sepatutnya arwah Din Beramboi dikutuk sedimikian rupa.

Melihatkan dia sudahpun meninggal dunia, lebih baik disedekahkan Alfatihah dan mengingati benda-benda yang baik. 

Jika ada salah laku arwah, itu diantara dia dan Allah, diantara dia dan sesiapa yang disalahi.

dan memaafkan itu lebih baik.

Tapi semarah mana sekalipun peminat dan orang lain pada si Rafiqin ni, tidak perlu dikutuk lagi dia sampai timbul 'babi, pukimak' dll.

Jadi apa bezanya si Rafiqin dan pengutuknya yang berkata-kata kasar?

Rafiqin mengutuk arwah atas salah yang dilakukan, Orang lain mengutuk Rafiqin atas salah yang dilakukan.

Keduanya mengeluarkan kata kasar, mengutuk secara kesat. 

Bezanya, Rafiqin mengutuk orang yang telah meninggal.

Ini pendapat saya sahaja. 

Pada saya, tak perlulah nak di hebohkan lagi berkenaan perkara ni. 

Betul, si pesalah tu dah buat salah, tapi kalau dihebohkan lagi, tak membawa apa-apa yang baik pun.

Si pesalah dah dikenal pasti, jumpa dan kaunseling. kalau dilaporkan pada polis, biar polis buat apa yang mereka patut buat.

Takziah buat keluarga Din Beramboi. Alfatihah untuk arwah.