Tuesday, April 27, 2010

ikut suka hati korok mung

'bila kau nak update blog kau ni kash?"

Seorang kawan bertanya pada saya pada suatu petang hening.

"Kau baca ke aku punya blog?"

"tak de la sangat, tapi kau macam dah lama tak update."

"Nanti aku ada idea aku update lah, sekarang ni tak ada feeling lagi nak tulis apa"

.......

Semalam di Hospital Selayang..

"Awak ni saja baca ke, belajar dengan hafal?"

Seorang pakcik berkaca mata yang saya perasan asyik usha saya yang ketika itu sedang membaca buku History of The Cold War bertanya selepas beliau mengumpul keberanian untuk bersuara.

" oh, saya tengah nak menghafal pakcik. saya belajar benda ni"

Seyap seketika...

"Pakcik dulu pun belajar benda ni, Cold War, apa semua ni."

"owh yeke" ujar saya kembali dengan pendek.

"adik kalau nak faham betul-betul kene faham dari World War 1 dulu, waktu Austria pecah, semua tu"

Tiba-tiba saya makin tertarik dengan pakcik ni. Tertarik secara intelektual.

Kerana saya ada stigma terhadap lelaki tua, berselipar hitam, hampir botak, berkaca mata tebal, seluar slack hitam dan t shirt berwarna coklat yang tidak dimasukkan ke dalam.

Mereka orang kampung yang bekerja di kedai runcit atau ladang dan datang ke hospital untuk pemeriksaan bulanan sebab terlalu banyak minum teh tarik ketika lepak di kedai minum.

saya bertanya pada pakcik itu

"Banyak yang pakcik tahu yer?"

"Pakcik dulu nak ambik undang-undang jugak, tapi tak lepas. Masa pakcik dulu, law ni dekat UK je, kat Malaysia tak ada"

"Tak lepas?"

Saya terlepas cakap.

Herm.. betul lah agaknya stigma saya tu

Pakcik tersebut tergelak sendiri.

"Pakcik dulu kerja dekat banyak tempat, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Bank, Kedutaan Malaysia di German, sekarang dah bersara"

Pakcik itu kemudiannya bercerita tentang Cold War yang saya tengah berusaha nak menghafal ketika itu. A sampai Z.

sehinggalah nombor gilirannya dipanggil. 0021, bilik 22

Pakcik itu bangun perlahan melangkah masuk ke bilik pemeriksaan.

Saya terlopong sendiri.

Stigma go to hell..

Saya mintak maaf pakcik.

you are a good man.

smart, full of knowledge and experience,

A good man.

1 comment:

Syukri Sapuan said...

interesting story.

nice :)


ada apa dengan stigma?