Ada makan sosej sebagai breakfast
Bukan takat sosej je, siap dengan scramble egg dengan baked beans sekali.
Rasa macam orang Putih pulak
Selalu kat rumah makan nasi lemak, nasi goreng, etc2
Teringat dulu waktu UPSR, abah beli sosej dengan baked beans buat makan waktu breakfast.
Kenapa abah buat macam tu waktu anak2 dia nak exam?
Itu kita tak tahu.
Mungkin kurang mengantuk sikit dari makan nasi lemak.
Tapi yang penting, kisah hari ini bermula dengan seorang sahabat membuka kisah pasal dajjal.
Setakat ni dah ada dua teori berkenaan macammana Dajjal muncul nanti.
Teori pertama dari seorang sahabat dipanggil Bangbil (muka dia ada iras raja lawak)
Teori beliau menyatakan
"Dajjal ni nanti orang cakap boleh gerak cepat giler. Jarak yang biasa orang jalan setahun, dia jalan dalam masa sehari je"
"kau tau tak macamne dajjal boleh sampai macam tu? aku rasa sebab internet doe"
"kan internet sekarang laju giler, kau tengokla blog2 pon senang je nak pengaruh orang, nanti dajjal pakai blog je nak pengaruh orang apa semua"
Begitulah teori Bangbil. saya tak tahu samaada dia ambil dari mana-mana orang teori ni, tapi yang saya tahu, saya first time dengar dari dia.
Dajjal menggunakan Internet sebagai medium menghasut manusia.
Mungkinkah Dajjal akan ada account Facebook? Atau laman blog www.dajjalhasut.blogger.com?
Wallahualam.
Teori seterusnya adalah teori kebangkitan Dajjal.
Setakat yang saya tahu, teori ini difikirkan sendiri oleh sahabat saya yang bergelar Mandur.
Teori beliau menyatakan
"Kau perasan tak kat dunia ni mesti ada macam persatuan underground yang berpengaruh kat setiap negara"
"Maksudnya macam persatuan-persatuan yang non-profit sangat la, macam freemason gitu"
"aku rasa kalau kat Malaysia ni macam makoba doe"
"makoba ni kan macam kaya apa semua kan, tapi takdela sampai nak pengaruh politik, macam ada ciri-ciri underground sikit kan"
saya tak faham maksud dia.
tapi yang penting adalah apa yang dia cakap selepas ini.
"Sat lagi, entah-entah diorang puja dajjal ke ape kan. sebab tu la raja-raja semua macam respek makoba. semua cuak kat diorang"
ini satu lagi teori yang berasaskan hidayah yang dapat dalam toilet.
Saya pun rasa dia tak tahu makoba tu apa.
Dajjal muncul kat Malaysia sebab makoba puja dia.
Initlah teori yang saya rasa paling mengarut setakat ni.
Disclaimer: pendapat-pendapat diatas dikeluarkan oleh budak-budak kolej yang nak komen pasal tajwid pun tak cukup ilmu lagi. jadi jangan marah atau ingat kami dah terpesong ke apa. Ini adalah pendapat yang bila dengar, semua orang gelak. relax suda..
1 comment:
merindui lawak2 ansari.
Post a Comment