Thursday, February 24, 2011

Bahasa: perpaduan? puaskan hati?

Teringat..

Sejuk rasa hati bila mendengar sahabat-sahabat berlainan bangsa di Kolej Yayasan UEM dahulu menggunakan bahasa Malaysia bila berbual.

Benar, hampir setiap masa, ketika di awal perkenalan ketika baru masuk kolej, perbualan saya dengan sahabat-sahabat bukan bumiputera di Kolej Yayasan UEM dahulu dalam bahasa Inggeris.

masa berganti masa, dah berborak dengan bahasa Malaysia..

juga Bahasa Inggeris.

Terasa lebih rapat dan mesra.

Sejuk hati bak kata orang..

Mungkin benar, bahasa ini memupuk perpaduan..

......

......

Iya ke?

Atau sekadar memuaskan hati bangsa paling ramai di Malaysia, Melayu?

.....

.....

saya rasa,

Dua2nya sekali.

Sejuk hati dan membentuk perpaduan.

Serta memuaskan hati.

.....

.....

Lepas ni kita belajar bahasa Mandarin dan Tamil pulak.

Mari.

Bentuk perpaduan memanglah susah.

Nak buat macamana.

Hidup...

Biasalah...

Kata 1Malaysia.

p/s: Bersangka baik itu lebih baik dari bersangka buruk.

Sunday, February 20, 2011

Lelah, tertekan, Bertumbuk

semakin susah nak tulis sesuatu yang menampakkan kebijaksanaan saya.

saya tak kisah jika tulisan saya dianggap picisan oleh orang lain

tapi saya akan kisah jika saya sendiri mula menganggap tulisan sendiri sebagai picisan.

mungkin lebih baik menulis sahaja jika selepas menulis saya boleh tersenyum.

monsieur Azhar minta pelajar kelas Perancis beliau membuat video.

rakaman setiap pelajarnya masing-masing menyebut hari Isnin sehingga Ahad dalam bahasa Perancis.

Lidah saya memang petah bahasa apa pun.

Tapi amat susah nak hafal tujuh perkataan baru yakni hari2 dalam bahasa Perancis.

Celaka.

Nak buat video pun guna video laptop. suara tidak berapa kedengaran di sebalik rakaman.

Saya harap apa yang saya sedang buat ni perkara yang betul.

Saya sebenarnya sedang mengarut tanpa tujuan.

Ada tujuan sebenarnya, mungkin ingin melepaskan perasaan lelah.

sahabat saya seperti biasa menyindir kes sodomi saiful dan anwar ibrahim.

walaupun saya rasa sindiran teddy bearnye comel, tapi tidaklah berapa lucu rasanya.

saya pula?

masih cuba menghilangkan perasaan lelah.

mungkin kalau ada duit yang banyak sikit, boleh keluar ke seksyen mana-mana di Shah Alam ni untuk makan makanan arab.

lega sikit lelah.

Dah clash sekali lagi.

3rd time clash sejak mula gatal mengorat anak dara orang.

lepas ni, apa nak jadi, akan terjadi. Hujan pasti berhenti.

mula rasa diperbodohkan oleh ahli politik celaka.

Macamana ada sahabat-sahabat yang memang begitu yakin menyokong ahli politik2 ni?

Saya cuba fikir lebih 1000 kali sejak SBPI Gombak.

Masih tidak dapat jawapan.

Sesiapa yang nak bergaduh dengan saya, literally bertumbuk, gaduh pakai tangan kaki,

sila hubungi saya,

blanc_noir19@yahoo.com

saya nak lepas lelah dan stress.

No hard feeling.

Just bertumbuk.

Lepas tu boleh kita pergi keluar makan makanan arab.

Duit masing-masing.

The Yes Man List

Yes Man

Yes
1. saya memang suka makan

2. mak saya memang suruh saya kuruskan badan

3. saya memang pemalas belajar

4. saya memang suka bersuka ria

5. saya memang cuai

6. saya memang sukakan wanita

7. saya memang berharap jadi lebih kacak

8. saya memang bencikan manusia bodoh tak berfikir

9. saya memang bodoh tak berfikir

10. saya memang sayangkan diri sendiri

11. saya memang nak jadi kaya

12. saya memang harap orang ingat saya cool

13. saya memang yakin saya cool

15. saya memang suka duduk dalam bilik hotel yang selesa

16. saya memang bencikan manusia celaka

17. saya memang nak ambil lesen kereta

18. saya memang nak sembuh daripada penyakit sekarang

19. saya memang nak pukul orang sekali sekala

20. saya memang berharap orang cari gaduh

21. saya memang nak hidup bebas

22. saya memang nak pergi melancong ke pantai yang bukan di malaysia dan cantik

23. saya memang nak pergi pantai yang cantik di sabah dan sarawak

24. saya memang nak lari daripada tanggungjawab

25. saya sayang keluarga saya

26. saya memang mahukan rumah sendiri yang paling selesa dalam dunia.

27. saya memang go with the flow dan berharap akan ada perempuan yang akan jadi makwe saya sekali lagi.

28. saya memang tak suka manusia yang ingat dia tahu semua perkara

29. saya memang benci manusia yang tak boleh senyap sekejap dan dengar pendapat manusia lain

30. saya memang rasa sunyi kadang-kadang

31. saya memang mahukan kemampuan teleport dan wolverine.

32. saya memang tak suka bila ahli politik ingat rakyat bodoh.

33. saya memang tak suka rakyat yang bodoh.

Tuesday, February 15, 2011

To Carut or Not To Carut 2

Hari pertama: Tak carut

Hari kedua: 60% carut

Hari ketiga: Tak pergi

Keputusan: Carut

Sunday, February 13, 2011

Quote of the day2

"It is remarkable how similar the pattern of love is to the pattern of insanity."

Got this from the Mtrix Revolution.

Nice.

And True.

quote of the day

penceramah : (sambil menunjuk kepada gambar burung yang sedang terbang) Kenapa burung terbang??

Peserta A: sebab dia mencari rezeki

penceramah: Apa, dia ada bagitahu engko ke? (membuat suara comel ala2 burung) hai, aku terbang nak pergi mencari rezeki!

(seluruh dewan tergelak)

Peserta A, sepanjang ceramah selama sejam setengah berlansung, digelar sebagai Bird.

Sharp and Precise

Saturday, February 12, 2011

Apa sebenarnya nak jadi negara aku ni

Apa masalah Malaysia sebenarnya ni?

Ini bukan soalan retorik. Memang saya tidak tahu.

Atau mungkin tidak jelas dan tidak tahu mana satu masalah, mana satu spekulasi masalah.

Banyak sangat benda sampai saya tak tahu betul ke tidak.

Ada yang bunyi ala-ala spekulasi, ada tu macam rungutan, ada tu macam soalan, pendapat, hujah, tagline, macam-macam lagi.

Ada anda pernah terdengar ayat2 sebegini?

"Orang Cina bagi kerja kat orang Cina saja sampai Orang Melayu susah nak cari kerja."

"Orang Melayu selalu kena tipu dengan Orang Cina sebab tu la orang Melayu tak berjaya ekonomi"

"Orang Melayu dah terlalu manja sampai nak usaha sendiri pun tak boleh, dah pulak susahkan Orang Cina dengan India dengan hak-hak istimewa dorang tu"

"Mahathir tu penipu besar"

"Orang Melayu sampai sekarang tak capai 30 ekuiti. Not even close"

"Kenapa tak tolong kaum lain? Kami pun susah juga! Celaka kerajaan"

"Kerajaan ni bazirkan duit rakyat saja!!"

"Negara kita ni tak berkembang pemikiran rakyatnya"

"Anwar tu penipu besar"

"Rosmah kawal Najib"

"Kerajaan terlalu banyak salah, Pakatan Rakyat adalah jawapannya!"

"Barisan Nasional is the best!"

"Hak Istimewa Bumiputera dan Melayu adalah sesuatu yang perlu dipertahankan selamanya"

"Ini Tanah Orang Melayu, tanah asal kami"

"Ini Tanah bersama semua kaum, tak kira apa pun, semua sama kerjakan, semua patut dapat hak yang sama"

Dan banyak lagi ayat-ayat lain yang dikeluarkan oleh mulut rakyat Malaysia.

Jadi, at the end of the days, apakah masalah yang sebenar?

Yang mana perlu diberi perhatian yang sedikit, yang mana perlu perhatian banyak?

Saya ni baru 20 tahun 2 bulan.

Asam garam hidup tak rasa lagi.

Masih mencari jawapan, masih mencari pegangan.

Iya, aku orang Islam, aku tahu.. Tapi cara nak hidup di dunia, kena pandai usaha jugak.

Betul atau tidak, Relevan atau tidak, ayat-ayat di atas ini,

Anda hakimi sendiri. Tapi Ingat, seperti biasa, buat pendapat biarlah atas fakta yang kukuh,

bukan atas spekulasi picisan semata-mata.

Cuba jadi bijak sikit.

Friday, February 11, 2011

To Carut or Not To Carut

Hari ni ceramah Kemahiran Insaniah.

Besok dan lusa ceramah Kesatria.

Kalau dua-dua cakap pasal benda yang aku dah tahu.

Kalau dua-dua cakap pasal benda yang sama.

Kalau dua-dua cakap pasal benda yang tak membina minda.

Kalau dua-dua cakap pasal benda yang ala-ala BTN.

Kalau dua-dua penceramah tak boleh jawab soalan aku.

Aku akan maki.

Dalam hati

Atau tidak,

Itu lain cerita.

Yang penting aku akan maki.

Sebab bazir masa weekend aku.

Jom. ada 10 minit lagi sebelum kaunter dafter tutup.

Jumaat, 2.50pm.

Tuesday, February 8, 2011

Ayat berima Tidur Petang

celaka tidur ini

terjaga sudah pun di lewat petang

masa-masa terbazir mengalir di tepi perbaringan

sakit kepala tidak terkira

badan dan wajah berminyak tidak selesa

bukanlah berlari keliling padang

atau berkawad di bawah matahari lewat hari

tetapi terasa seperti sudah sehari tidak mandi

habis berpeluh di celah-celah selulit badan

celaka tidur ini

tidur berkata bukan salahnya

salah kau lah manusia

siapa suruh pejamkan mata

sedang kau sedar tidur siang itu

tiada maknanya

tatkala kau membuta

lebih daripada yang biasa

nak melempang diri pun sudah tidak berguna

pipi yang sakit nanti apa yang boleh diubahnya

masa yang berlalu biarkanlah pergi

lihat pada peluang dihadapan yang menanti

berhenti menulis sejenak

badan terasa lenguh-lenguh

baju ini ku buka dan ku campak ketepi

badan yang tidak selesa sejuk kembali

wah, mudahnya, kata nafsu pada akal dan hati

ku lihat katil yang kosong

ku pejamkan mata lagi

celaka tidur ini

jangan tidur lagi!!

TIDAK!!!!

6.12pm

Monday, February 7, 2011

Malas Komitmen

adakah kita tak mahu melakukan sesuatu kerana tahu kita tidak akan memberikan komitmen?

atau,

kita tahu kita akan MALAS untuk memberikan komitmen sedangkan yang sebenarnya kita mampu?

apa-apa pun,

saya masih MALAS

Tak baik.

Saturday, February 5, 2011

Persoalan agung Para Penyokong Manusia

do you really believe?

what these people are saying?

all those ideas about being honest?

being fair?

being less corrupted then the other guys?

Do you really believe them?

Those claiming to protect the race?

or Those claiming to protect religion?

or Those claiming to protect human rights?

or Those claiming to protect justice?

Do you?

Why do you believe in them?

Is it because you are desperate on believing something?

is it because of their ideas?

That you believe them?

What makes people turn a blind eye?

Or they just dont realise they've been blinded?

Or they purposely let themselves be blinded by others?

Just to have something to believe?

What do you know that makes u so sure that those who you believe are those who you actually believe?

Do you really think that you know the truth?

I believe in Islam.

but dont believe in people.

At the least, trying my best not to be blinded into blindly believing in people.

Let us pray that we would never be easily blinded.

Friday, February 4, 2011

"Dah itu kerja mereka, bukan baik sangat pun"?

Bila kerajaan membuat keputusan untuk mengeluarkan pelajar dari Mesir, ada beberapa pendapat yang menarik untuk kita fikirkan.

Penyokong kerajaan akan cakap perkara berikut:

1. Ini menunjukkan kerajaan prihatin dan mengambil berat tentang pelajar2 kita di Mesir dan rakyat secara keseluruhannya.

2. Bawak balik penyokong kerajaan terlebih dahulu. (setakat ini pendapat paling tidak ilmiah pernah saya dengar)

Pembangkang kerajaan akan cakap perkara berikut:

3. Bukan baik sangat pun. Dah itu memang kerja mereka.

4. Nak menang hati rakyat dalam PRU. Kenalah tolong.

5. Pendapat ke-2 yang menyokong kerajaan itu adalah bodoh.

Melihat pada pendapat-pendapat dia atas, ada suatu perkara yang mengganggu pemikiran saya.

Jika melihat pendapat 1, komen sebegini lebih memfokuskan tentang betapa kerajaan kisah dan sayang pada rakyatnya.

Namun komen sebegini tidak fokus kepada kerajaan yang bertindak secara profesional dan hanya menjalankan tugas mereka.

Ia seperti sebuah retorik untuk menunjukkan kerajaan ini baik dan sebagainya dan dilihat sebagai alat untuk menarik sokongan rakyat.

Pendapat ke 4 pula contohnya telah menidakkan terus nilai2 kebaikan yang ada pada kerajaan.

Ia menyokong bahawa kerajaan hanya menjalankan tugas mereka dan itu sahaja kredit yang perlu diberi.

Sebagai manusia sendiri, nilai 'ikhlas membantu' wujud dalam diri kita.

Sebagai contoh, polis (tolak ketepi sebentar polis yang korup).
Adakah mereka menjalankan kerja mereka semata2 kerana ia sesuatu yang sudah dibayar atau kerana wujud juga nilai ikhlas dalam membantu masyarakat?

Sebagai kerajaan, adakah mereka menjalankan kerja mereka, semata-mata kerana itu tugas mereka, atau wujud nilai ikhlas untuk membantu saudara sendiri yang susah?

Permainan politik di negara kita meletakkan kita sebagai rakyat dalam kesusahan dan dilema.

Jika kita ingin kata kerajaan ikhlas menolong, bagaimana kita tahu yang mereka tidak melakukannya semata-mata untuk terus menang PRU dan dapat sokongan rakyat?

Tetapi, adakah kita juga mahu sebuah kerajaan yang bekerja semata-mata itu kerja mereka dan tiada nilai ikhlas lain yang pada asalnya mendefinisikan kita sebagai manusia?

Ini bermaksud, rakyat hanya boleh mengikut satu ukuran untuk memilih pemimpin kelak.

Yang mana menjalankan tugas dengan lebih baik, tanpa melihat iklas atau tidak.

Islam itu agama yang syumul. Lengkap. Dalam pekerjaan juga harus ikhlas kerana Allah, kerana Agama, dan Ummat.

Janganlah dipisahkan nilai ikhlas dan profesionalisme.

ayat "Itu memang kerja mereka" saya memang sokong. Namun jangan dinafikan perlunya nilai ikhlas dalam melaksanakan sesuatu.

Dalam menghakimi kerajaan atau mana2 pemimpin sebagai profesional dan ikhlas, maka itu terserah pada individu masing2. Undi jangan Tak Undi.

Biarlah Idealistik pada pemikiran, Realistik pada perlaksanaan.

Thursday, February 3, 2011

Mesir, Orang kaya, Isteri pemimpin

Ketika Mesir mengamuk,

Kita melihat jutawan Mesir terbang ke luar negara.

Mereka yang turun berdemonstrasi berhujah jurang pendapatan golongan pendapatan rendah dan tinggi terlalu besar.

Pembangunan infrastruktur juga dikatakan tidak memberansangkan.

Termasuk masalah pengangguran.

Dan yang paling penting, pemerintahan Hosni Mubarak dituduh puncanya.

Mengapa? masalah biasa pada semua pemimpin yang korup.

Ketirisan wang negara yang tidak mengalir pada rakyat.

Ketika Mesir mengamuk, para jutawan Mesir lari.

Mengapa tidak turun berdemonstrasi sekali?

Apa yang mereka takutkan?

1. Mungkin mereka ingin melindungi keluarga mereka.

2. Mereka lebih mengutamakan untuk melindungi harta mereka dan tidak kisah akan rakyat lain yang menderita.

3. Mereka penyokong status quo dimana Hosni sebagai presiden dan takut akan diketahui oleh mereka yang berdemonstrasi.

Bak kata ayah saya. "Tengoklah, bila negara senang suka, bila negara susah lari."

Contoh simulasi, siapa yang akan lari jika Malaysia jatuh ke dalam konflik yang sama kelak?

Adakah PM dan Isteri seperti yang terjadi pada pemimpin Tunisia dan isterinya?

Alang2 sudah tersebut berkenaan Isteri pemimpin ni, suka saya mengulas sedikit.

Sejarah menyaksikan pemimpin2 yang jatuh. Diantara faktor2 popular kejatuhan adalah wanita.

Antara yang saya ingat seperti pemimpin monarki terahir Perancis, Louis XVI.

Isterinya Marie Antoinette. Dengarnya, penduduk Perancis ketika itu cukup menyampah dengan dia.

Wanita-wanita ini tidaklah terlibat lansung dalam menghancurkan ekonomi rakyat.

Tapi lebih kepada membuatkan rakyat muak dan benci.

Muak dan benci pada siapa?

Pada wanita itu dan suaminya sekali kerana membiarkan isteri berperangai membencikan.

Kesannya? menambah minyak pada api.

Lebih2 lagi api orang muda...

Itulah yang terjadi dengan Rosmah dan Suami.

Sekian.