Friday, February 4, 2011

"Dah itu kerja mereka, bukan baik sangat pun"?

Bila kerajaan membuat keputusan untuk mengeluarkan pelajar dari Mesir, ada beberapa pendapat yang menarik untuk kita fikirkan.

Penyokong kerajaan akan cakap perkara berikut:

1. Ini menunjukkan kerajaan prihatin dan mengambil berat tentang pelajar2 kita di Mesir dan rakyat secara keseluruhannya.

2. Bawak balik penyokong kerajaan terlebih dahulu. (setakat ini pendapat paling tidak ilmiah pernah saya dengar)

Pembangkang kerajaan akan cakap perkara berikut:

3. Bukan baik sangat pun. Dah itu memang kerja mereka.

4. Nak menang hati rakyat dalam PRU. Kenalah tolong.

5. Pendapat ke-2 yang menyokong kerajaan itu adalah bodoh.

Melihat pada pendapat-pendapat dia atas, ada suatu perkara yang mengganggu pemikiran saya.

Jika melihat pendapat 1, komen sebegini lebih memfokuskan tentang betapa kerajaan kisah dan sayang pada rakyatnya.

Namun komen sebegini tidak fokus kepada kerajaan yang bertindak secara profesional dan hanya menjalankan tugas mereka.

Ia seperti sebuah retorik untuk menunjukkan kerajaan ini baik dan sebagainya dan dilihat sebagai alat untuk menarik sokongan rakyat.

Pendapat ke 4 pula contohnya telah menidakkan terus nilai2 kebaikan yang ada pada kerajaan.

Ia menyokong bahawa kerajaan hanya menjalankan tugas mereka dan itu sahaja kredit yang perlu diberi.

Sebagai manusia sendiri, nilai 'ikhlas membantu' wujud dalam diri kita.

Sebagai contoh, polis (tolak ketepi sebentar polis yang korup).
Adakah mereka menjalankan kerja mereka semata2 kerana ia sesuatu yang sudah dibayar atau kerana wujud juga nilai ikhlas dalam membantu masyarakat?

Sebagai kerajaan, adakah mereka menjalankan kerja mereka, semata-mata kerana itu tugas mereka, atau wujud nilai ikhlas untuk membantu saudara sendiri yang susah?

Permainan politik di negara kita meletakkan kita sebagai rakyat dalam kesusahan dan dilema.

Jika kita ingin kata kerajaan ikhlas menolong, bagaimana kita tahu yang mereka tidak melakukannya semata-mata untuk terus menang PRU dan dapat sokongan rakyat?

Tetapi, adakah kita juga mahu sebuah kerajaan yang bekerja semata-mata itu kerja mereka dan tiada nilai ikhlas lain yang pada asalnya mendefinisikan kita sebagai manusia?

Ini bermaksud, rakyat hanya boleh mengikut satu ukuran untuk memilih pemimpin kelak.

Yang mana menjalankan tugas dengan lebih baik, tanpa melihat iklas atau tidak.

Islam itu agama yang syumul. Lengkap. Dalam pekerjaan juga harus ikhlas kerana Allah, kerana Agama, dan Ummat.

Janganlah dipisahkan nilai ikhlas dan profesionalisme.

ayat "Itu memang kerja mereka" saya memang sokong. Namun jangan dinafikan perlunya nilai ikhlas dalam melaksanakan sesuatu.

Dalam menghakimi kerajaan atau mana2 pemimpin sebagai profesional dan ikhlas, maka itu terserah pada individu masing2. Undi jangan Tak Undi.

Biarlah Idealistik pada pemikiran, Realistik pada perlaksanaan.

3 comments:

Syukri Sapuan said...

setuju.

mungkin alternatif yang ada untuk kita lihat Malaysia yang lebih baik - kita sendiri yang terjun ke dunia politik yang mengubahnya sendiri.


sanggup?

kash berimbun said...

syuk: sanggup:) sanggup?

Syukri Sapuan said...

sanggup

tapi kena tambah pengalaman, jumpa masyarakat & banyak membaca dulu ;)