Saturday, May 16, 2009

berguru merata-rata

14 mei, kolej yayasan UEM sambut hari guru. bagi pemahaman semua pihak, teachers' day. we celebrate teachers's day at KYUEM. tapi lebih awal dari biasa. sebab hari guru x silap 16 mei.

yang bestnye, disebabkan saya ni pelajar sekolah malaysia, jarang tengok cikgu buat persembahan. cikgu2 yang saya kenal setakat ni, taubat payah nak buat semua tu.

paling2 best pun, cikgu2 sekolah akan nyanyi lagu kami guru Malaysia.

tapi di kolej yang best ini, cikgu2 siap maen gitar, perasan macam maen gitar, buat lawak ilmiah kat depan, berlakon macam student skolah. mungkin mereka ingin merasa seperti muda semula.

tapi mereka memangla manusia yang sporting.

apa pun cikgu, Jasamu Sentiasa Dihargai.

kepada budak2 KPM, anda pun bakal guru. bestla korang dapat hadiah nanti.

kalau dikira jasa guru ni, terlalu besar mengalahkan lifeguard.
yerlah, yang mengajar lifeguard berenang pun, cikgu dia.

masalahnya, reputasi cikgu selaku insan yang sepatutnya dihormati semakin jatuh.
cikgu kena saman la, kena pancit tayar kereta/motorsikal/basikal la.

mungkin rakyat Malaysia ni masih belum matang menilai mana yang baik mana yang tidak. atau memang tahu dan sedar mana yang baik, mana yang tidak, tapi ego manusia yang menutup mata.

anak2 di jentik, mahu saman seluruh alam. kalau anak malaikat xperla jugak. tapi kita pun tak tahu siapa salah, siapa yang betul. mungkin cikgu turut bersalah melibas anak orang sesuka hati tanpa usul periksa.

tapi jauh di sudut hati kita tahu, sama ada kita akui atau tidak, pelajar kini kian biadap, sehingga guru semakin terbeban dengan kerja murni mereka.

hm.. ibu bapa kena mula faham secara praktikal situasi masa kini. nanti bila menteri2 atas tu dah meninggal, bila pembangkang2 sekarang ni dah x ada, siapa yang nak mengganti kalau bukan anak mereka yang mereka peluk 24 jam. kalau salah didik, kesannya, politikus yang suka mencarut dalam dewan parlimen, cinta duit berbanding rakyat, pandai berucap dan menipu secara profesional.

di sekolah dulu, selalu jugak kena lempang dengan cikgu. spesifik, cikgu halim. kena lempang dengan beliau, memang la pekak sementara. berdesing kepala. tapi saya tahu, kalau beliau tak lempang, mesej yang nak disampaikan mungkin tak diingat sampai bila2. terima kasih cikgu Halim dan cikgu2 lain yang bersekutu.

tapi kita tak nafikan, ada cikgu yang kadang-kadang memang gagal menjalankan tugas. lambat ke kelas. tidak masuk lansung atau, masuk ke kelas, mengajar, keluar. mudah. ada juga yang tidak ambil kisah perkembangan anak2 murid. lepak di kedai minum lebih seronok.
cikgu sebegini, memang layak disaman.

bila bekerja, dari perdana menteri, cikgu, atau sehingga pembersih sekalipun, kerja la sepenuh hati. sumbanglah budi. kerana setiap budi akan dibalas kebaikan, setiap amanah yang dilupakan akan dibalas api.

SELAMAT HARI GURU.

1 comment:

Penagih Cinta said...

Assalamualaikum.

Saya ada menonton persembahan anda di Astro sewaktu pertandingan debat menentang SM Sains Pokok Sena. Hebat!

Belajar di mana sekarang?

Ada Myspace/Friendster?