Friday, May 29, 2009

pening-pening fikir.

alkisah, pada bulan Ramadhan 2008 lepas, kelas Literature in English saya di bawah miss Linda dengan semangatnye telah buat sebuah lakonan di tengah2 Acad block, Saad Square berjudul Twelfth Night.

ketika itu kelas sedang berlansung dan yang melihat hanyalah orang yang lalu lalang dan jemputan khas, mantan pengetua, mr Richard Small.

saya melakonkan watak seorang bangsawan bernama Sir Toby yang selalu mabuk2.

lalu, terlihatlah pada mata beberapa penonton yang lalu di situ ketika itu, aksi saya menogok botol yang berbentuk seperti sebotol wine.

hampir setahun kalendar hijrah berlalu..

April 2009 lepas, saya denggi maka tidak dapat menghadiri kelas dan perjumpaan bersama guru iaitu tutorial. ketika tutorial itu, miss Linda mendedahkan, ada beberapa pelajar yang lalu ketika aksi saya menogok botol arak tahun lepas dan berjumpa dengannya untuk menegur perbuatan saya itu.

kata mereka yang menegur, kami tidak menghormati bulan Ramadhan kerana aksi saya yang minum arak itu.

saya baru tahu akan perkara ini beberapa hari yang lalu.

saya rasa bingung dan bersalah, dalam masa yang sama terkilan.

bingung pada mulanya kerana dalam hati saya terdetik,

'ish, tak akan la berlakon mabuk and berlakon minum arak ni tidak menghormati Ramadhan. kami ni nak belajar sahaja. sebab tu la berlakon. lagipun botol tu kering, bukan botol arak pun'

bersalah pula kerana dalam hati saya selepas itu terdetik,

'ish, mungkin ada yang tidak senang tengok perbuatan yang macam tu. sebab itula rasanya tidak menghormati Ramadhan..'

tapi yang paling menguasai saya adalah perasaan terkilan. kerana

'kenapa tidak di tegur sahaja aku ni. kenapa pergi tegur cikgu aku yang sememangnya kurang pengetahuan pasal Islam. apa mereka ingat aku ni bodoh sangat ke ilmu agama sampai tak datang pun tegur aku sendiri, orang yang mainkan watak mabuk tu..'

satu lagi, Miss Linda tanya kami apa kesalahannya buat macam tu di bulan Ramadhan. maksudnya, dia masih tidak faham kenapa kami ada buat salah. maksudnya lagi, orang yang datang nak menegur itu, tidak terangkan betul2 pada miss Linda kenapa benda mabuk tu tidak menghormati Ramadhan.

apabila terjadi benda macam ni la, orang bukan Islam tidak jelas akan cara kita orang Muslim. sebab tidak diterangkan inilah, mereka berpersepsi Islam ni agama yang mengongkong banyak perkara.

sedangkan agama kita mendidik umat Islam sebagai umat yang hidup dengan tuturcara yang tertib.

mereka yang ingin berdakwah, berdakwahlah dengan cara yang terbaik. berfikir sebelum berkata.

3 comments:

Penagih Cinta said...

Mereka adalah orang kafir. Mereka tahu siapa orang Islam namun tidak tahu apa itu Islam.

Adalah tanggungjawab kita merungkai kekusutan mereka tentang Islam berpandukan ilmu pengetahuan yang kita ada. Namun sedihnya, ada antara kita kadang-kadang merasakan dirinya betul, sibuk membetulkan orang lain, mempertikaikan orang lain, menuduh sesama Muslim itu begini. Sudahlah mereka tak belajar maksud kafir, kufar, kafr, mereka juga sibuk memahamkan mereka yang tidak paham. Bila melihat kepada bukan Islam, mereka sebenarnya tidak pernah berusaha memberi mereka kefahaman tentang Islam dan yang lebih hebat mereka pun tak faham apa itu Islam.

Kita Islam keturunan. Tapi sekurangnya-kurangnya kita masih ada keturunan Islam. Jika kita ditakdirkan lahir dari keturunan bukan Islam, alangkah ruginya dan mungkin atas sebab itu mereka yang bukan Islam berasa kecil hati dengan sikap orang Islam terhadap mereka dan bertambah rugi lagi apabila salah faham mereka itu adalah dari kejahilan umat Islam sendiri...Nauzubillah...


Saya mencadangkan saudara Kasyful mendaftar sebagai forumner di http://melayu.com/perkampungan/

Di sana saudara dapat berkongsi pengalaman dan mendapatkan nasihat berguna di sub-forum Sembang Agama dan Cara Hidup. =]

kash berimbun said...

ingatkanlah sahabat2 saudara2 Islam yang lain.. jika ingin menegur yang tidak tahu, tegurlah dengan berhemah.. jangan tunjukkan Islam seperti agama yang mengongkong tidak tentu arah. semoga kita jadikan peringatan.

Syukri Sapuan said...

satu perkongsian yang menarik utk difikirkan akan pengajaran besar di sebaliknya.


jika aq berada dalam situasi tersebut, pasti aq akan terfikir begini.


adakah aq yang yang terlalu liberal ataupun mereka yang bersifat konservatif?