Friday, June 12, 2009

sejujurnya vol-2

saya amat berharap, sekiranya senarai tindakan bagi menyelesaikan masalah-masalah berikut dapat diutarakan oleh mana-mana pihak:

1. ramai menganggur kerana tidak tahu atau tidak yakin berbahasa Inggeris.
2. pelajar-pelajar senyap-silu, segan bertanya pensyarah kerana tidak boleh atau takut berbahasa Inggeris.
3. para doktor di seminar berbahasa Inggeris senyap sunyi serta segan bertanya dalam Bahasa Inggeris.
4. dan lain-lain.

masalah-masalah ini, sejujurnya bagi saya, menghalang perkembangan umat kita sendiri.

mungkin jika ada pendapat yang bernas untuk tindakan yang boleh dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah-masalah di atas dari terus membelengu generasi kini dan seterusnya, kita mampu meneroka jalan baru without the expense of our own Bahasa Malaysia dalam Sains dan Matematik..

2 comments:

Arjuna said...

Pandangan yang negatif selalu sahaja menjadi penghalang kepada kemajuan. Kenapa perlu takut kepada keperluan terhadap bahasa Inggeris?? Bukan bermaksud meminggirka bahasa melayu sebagai bahasa rasmi. Cuma penambahan kepada sesuatu yang penting bagi semua masyarakat Malaysia terutanmanya melayu. Sampai bila orang melayu nak selesa. Inilah masanya untuk buktikan anak melayu juga boleh bangun dan bersaing setaraf dengan semua bangsa... Tengok sekolah luar bandar, contoh di Melaka, Sekolah Tun Ghafar Baba, semua pelajar lulus semua subjek dalam SPM. Sama jua dengan sekolah Iskandar Syah...

Yang perlu dirisaukan adalah jatidiri anak bangsa kita, perlu dipupuk dengan sifat mahmudah... Agar boley menjadi bangsa berjaya seperti bangsa Andalusia suatu masa dahulu...

putra_kl said...

Orang melayu memang takut pada cabaran! suka hidup selesa dan biasa2 je, x mampu berfikir luar kotak, patutla masih menongkat je, harapkan bantuan kerajaan, pelaksanaan DEP pun gagal menjadikan melayu menguasai ekonomi, apa yang ada pada bangsa melayu kini hanya bersandar pada sejarah silam. Kalau cam ni la minda anak muda melayu sampai bila pun melayu akan mundur, tetap kebelakang, bahasa English pun tak mampu kuasai, malas nak berniaga sbb x de modal, suka dengki dgn org dh berjaya. LU PIKIR LA SENDIRI !