hahahaha. saya ketawa sebentar setelah menonton video you tube bertajuk 'language kebangsaan' yang dicadangkan oleh mr nizam Shah.
beberapa perkara awal yang muncul di kepala saya selesai menonton video itu pada jam 12 tgahari,
sinis, simple, keliru, pedas, ayam pedas, lunch.
siapa yang belum tengok lagi video tu, boleh la pergi tengok kat sini
'language kebangsaan'
menegur sinis perbuatan mengenepikan bahasa Malaysia, video ini mudah untuk difahami.
mungkin kerana cara maksud video itu disampaikan. walaupun ditunjukkan gambar Tun Razak jatuh di tepi longkang, saya faham kiasan itu.
sejauh kefahaman saya, director video itu, mr Faiq Khalifa, ingin menegur perbuatan kerajaan mengenepikan bahasa Malaysia selaku bahasa pengantara Sains dan matematik selain turut mengutarakan percanggahan polisi yang dilaksanakan oleh barisan kepimpinan mantan bekas perdana menteri kita, Tun Mahathir dan Tun Razak.
turut diketengahkan sindiran berkenaan kesan polisi PPSMI kepada pelajar kita sehingga tidak tahu berbahasa Malaysia. hahahah.tergelak sebentar.saya pun tidak pasti kenapa saya tergelak. agak hiperbola tapi sekadar kiasan, saya faham.
mungkinkah benar suatu hari nanti, remaja kita tidak akan pandai lansung berbicara bahasa Malaysia?
saya turut takut akan sangkaan sedimikian.
ramai pihak meminta kerajaan fokus kepada penterjemahan ilmu agar Bahasa Malaysia boleh digunapakai sebagai pengantara subjek Sains dan Matematik. namun, lama sungguh diskusi melibatkan perkara ini sehingga tidak menjadi usaha menafsir ilmu.
lantas, alternatif yang sedia ada, bahasa Inggeris, diguna pakai sementara menunggu resolusi diskusi penterjemahan itu.
siapa yang rugi tika menunggu? generasi kini.
maka, gunakanlah apa bahasa sekalipun, asalkan agama dan bangsa kita dapat maju. jika penggunaan bahasa Malaysia menyusahkan pelajar kita kelak di IPT dan dunia pekerjaan, gunakan bahasa yang lain. jangan buang masa bertengkar. menagapa risau sedangkan subjek-subjek lain masih diajar dalam bahasa Malaysia?
kelak akan lahir penterjemah cendekiawan yang terus berusaha menafsir ilmu ke dalam bahasa Malaysia. ketika itu, wajarlah ilmu hisab dan sains ini diajar dalam medium bahasa Malaysia.
jika generasi kita lupa akan akar bahasa dan budaya bangsa, salah siapa? matematik dan sains dalam bahasa Inggeris kah? saya tidak bersetuju lansung.
'bohsia: jangan pilih jalan hitam/biru/oren', 'remp-it', 'KL Drift', antara cerita2 yang 'membina' bahasa dan bangsa. promosi cerita-cerita ini lebih galak dari pelbagai aktiviti kesusasteraan yang diadakan. pemimpin dan rakyat yang lain buat ap?
majalah-majalah hiburan artis berpakaian separuh bogel, filem-filem luar, rakyat dan pemimpin buat apa?
pembelajaran dalam bahasa Inggeris membantu bangsa kita belajar dalam alternatif yang lain. kita turut belajar Bahasa Malaysia serta dalam subjek-subjek yang lain. penggunaan bahasa Malaysia juga tidak hanya terbatas kepada pelajaran semata.
jauh di sudut hati kita, kita risau, bahasa Malaysia akan pupus. dan jauh di sudut hati kita tahu, berjuta masalah lain yang melanda kewujudan bahasa kita. hiburan, bahan bacaan, gaya hidup.
jauh di sudut hati kita, kita juga tahu bahawa masalah-masalah ini tidak langsung ditangani. namun apabila timbul isu untuk tukar medium menuntut ilmu, menggelabah seluruh negara ingin berarak walhal kita tahu, masalah-masalah lain itu lebih mempengaruhi generasi kita.
maka, apa salahnya belajar dalam bahasa lain jika ia menguntungkan dan memajukan agama bangsa dan negara?
InsyaAllah, jika ada yang saya tersalah, kita betulkan. yang betul, ambik pengajaran dan lakukan sesuatu.
2 comments:
i couldn't agree more with your stands. i have almost the same opinion as yours. but having lack of ability to express them through blogging. u've helped in a way actually. thanks kash!
Video ini sebenarnya satu paparan yang bersifat masa depan. Anak-anak Malaysia tak faham Bahasa Kebangsaan bagi negara Malaysia. Akibat daripada PPSMI dan juga kempen para pembesar negara, akhirnya Bahasa Kebangsaan negara Malaysia sudah menjadi sejarah sahaja. Bahasa Kebangsaan Malaysia (Bahasa Melayu) sudah menjadi seperti bahasa Latin dan bahasa Sanskrit, megah di satu masa yang lalu dan menjadi asing dibumi kelahirannya sendiri.
Post a Comment