Tuesday, August 4, 2009

kawan saya ingin berubah

saya ada seorang kawan.

dia baik hati.

sebelum ini, dia banyak membantu saya.

saya merasakan dirinya baik hati dan dia masih ingin berubah menjadi lebih baik dengan cara mendekati Tuhan.

Baguslah.

Dia mula merapati sahabat-sahabat lain yang lebih banyak ilmu, yang dirasakan mampu membantunya menjadi lebih baik.

saya lihat hasil penulisannya di blog pun, sudah terlihat kelibat unsur-unsur kerohanian.

saya berasa gembira untuk beliau.

tiba-tiba, tanpa dijangka-jangka,

pada suatu ketika, muncul sedikit perasaan cemburu dalam hati.

cemburu kerana dia sudah mula ada perasaan ikhlas ingin berubah.

cemburu kerana usahanya boleh dilihat walaupun dia cuba tidak berniat untuk memperlihatkan.

cemburu kerana saya masih lagi di takuk lama.

salah siapa perasaan cemburu?

bila cemburu bermaksud encik syaitan sudah mula memainkan peranannya.

salah syaitankah?

bila cemburu bermaksud Tuhan mula menguji kita.

salah Tuhan ArRahman kah?

sedang mencari siapa yang bersalah, terlupa saya melihat pada diri sendiri.

sayakah yang bersalah? kenapa saya pula bersalah? ikut suka hati dalam badan sayalah nak rasa cemburu.

tetapi..

bila berfikir dengan bantuan seorang lagi sahabat yang tidak sedar sedang membantu saya, saya tahu..

tiada siapa yang bersalah atas perasaan cemburu itu.

itu hanya ujian Tuhan.

bukan suatu kesalahan. hanya ujian semata.

kau dah pandai-pandai rasa macam tu, berubahlah sendiri. tak payahlah nak emosi pulak brader.

entah apa-apa la manusia ni.

Kalau Tuhan tak bagi ujian dari kecik, sampai ke besar kau tak jumpa jalan.

jadi bersyukurlah.

4 comments:

nurulhusnazubir said...

ble mau brubah??soalan sensasi...perlukan sokongan,impian, harapan...jgn hangat2 thi ayam...prubhn mllui tarbiyah hati insyallah akn kekal selama2nya....

btw, klu tukar pktaan 'Tuhan' tu jdi Allah lebih baik..spesifik...org bukan islam pon ade 'tuhan' diorg..

kash berimbun said...

hm.. cadangan yang baik. nanti kita tukar kepada Allah.. sebelum ni sebab bila guna nama Allah, persepsi orang terhadap kita lain. saya cuba jadi neutral dengan harapan orang tahu niat saya. post juga bukan spesifik semata-mata untuk orang Islam. tidak mengapa. saya masih Muslim. terima kasih yer

lightofserenity said...

you are good in your own way, kash. you have your own way of viewing things. it may have helped you to realise that in life, some changes have to be made. listen to your heart. to change is not easy.

always remember, He is the One who decides to give hidayah to someone. live with the process of learning, as there will be more things that you will see eventually.

amirah syahirah said...

kash, jeles ke arah kebaikan is ok,.same la mcm jeles dlm study..(^_^)