Friday, August 28, 2009

Maka Calar Lagi Wajah Itu..

terkejut mendengar berita berkenaan protes sekumpulan Islam di Selangor selepas solat Jumaat hari ini berkenaan kuil yang nak dibina di Seksyen 23, Shah Alam.

Para tukang karut yang memprotes membawa banner-banner yang tertulis "Pindahkan Kuil ke Seksyen 22" , "Take Beer! (takbir)" , "Islam Untuk Semua, Kuil untuk Rodziah dan Khalid" dan lain2 slogan berbaur biadab.

Maka adalah beberapa orang solo pasukan protes yang memegang mikrofon melaungkan kata-kata amarah. Di bulan Ramadhan.

protes di Shah Alam tengahari tadi mencapai tahap yang lebih ekstreme apabila kepala lembu dikerat dan diarak tanda protes pada pembinaan pada binaan kuil Hindu.

Lembu adalah adalah suci dalam agama Hindu..

maka kepalanya dikerat dan diarak dalam protes Jumaat tadi..

Astaghfirullah..

Ya Tuhan..

sudahlah di bulan Ramadhan, bulan yang melatih kesabaran, bulan yang melatih kita berfikir dengan baik..

maka calar imej Islam..

Sahabat-sahabat ku yang bukan Muslim, maka saya memohon maaf sebagai seorang Muslim.. terutamanya sahabat-sahabat beragama Hindu..

please, do not judge us only by a trickle..

saya sedih, marah dan segan.

Saya tahu sedikit sebanyak tentang konflik penempatan kuil di Seksyen 23.

Tetapi protes yang dianjurkan yang menghina mencaci agama lain bukan satu langkah yang bijak, betul dan waras untuk dilakukan bagi menyelesaikan masalah di negara kita yang berbilang kaum dan agama. Saya tidak bersetuju lansung.

Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak..

Ada yang berpendapat ini adalah satu lagi satira politik.. mungkin ya, mungkin tidak

dari pihak mana? kita tidaklah tahu.. janganlah menuduh sebarangan tanpa sebarang bukti..

jika tersalah, maka ia fitnah semata-mata.

Polis tiada di tempat kejadian, tidak mengambil apa-apa tindakan segera..

FRU? juga tidak ada..

protes dan perhimpunan ini tidak mempunyai kebenaran berhimpun.

maka kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi.

Untuk sahabat-sahabat Muslim yang lain, apa jua perasaan kita, janganlah terlalu mengikut emosi..

bersabarlah, dan fikir secara rasional..

untuk sahabat-sahabat bukan Muslim, saya sekali lagi menyatakan perasaan sesal saya..

kita lihat nanti apa yang terjadi..

Wajah Itu

Maka turunlah dari langit itu yang tiada kepulan..
Pada lelaki yang duduknya berfikir..
Di dalam gelap gua, muncul cahaya..
Bangun ia berjalan ke seluruh dunia..
Manusia tidaklah lagi buta..

Maka terlihat Wajah suci itu..
Umat dunia memandang ragu..
Namun..
Yang diikat, hilang talinya,
Yang ditoreh seksa, hilang azabnya,
Yang dihina, padanya mulia,
Yang ditindas tiada berharta, hak itu ditangannya..
Mata tidak picing..
Redup menerima wajah itu..

Berabad lamanya matahari itu bersinar..
Timur Barat Utara Selatan..
Dunia ini mana hujungnya?
Mata picing semula..
Hanya tangan yang meraba-raba..
Dalam cahaya yang kian pudar ditelan gelita..
Wajah itu dicalar-calar..
Dek tangan-tangan yang buta..
Dek tangan-tangan yang hanya merasa..

6 comments:

Dai said...

Salam. sedeh juga kat atas ni. skang makin susah bila nk cuba terangka pasai islam kat sahabt non muslim len..

btw, ur tag!! sila ke blog saya!!

Zatil said...

ntahnye, ape la diorg ni.. buat malu je. hmm..

PENGADIL ISLAM said...

hidup melayu dan islam. khaled samad dan rodziah BODOH besar. Kawasan majoriti Melayu nak buat kuil ... bangang!!!

PANDAI MACAM KANCHIL, BODOH MACAM .... said...

Tak kira hormat atau tak hormat agama Hindu, Keraaj baik pakatan rakyat ataupun BN perlu buat keputusan atau cadangan yang mempunyai justifikasi. Jangan buat keputusan bodoh yang tiada JUSTIFIKASI, seksyen 23 kan kawasan ribuan Melayu, mana justifikasinya. Tan Sri Khalid Ibrahim dan YB Khaled Samad MEMANG BODOH .............. macam LEMBU !!!!

POLITICAL WARLORD said...

Jadikan isu kepala lembu ini detik-detik pengambil alihan kuasa seperti di Perak .....

kash berimbun said...

Pengadil Islam,Pandai Macam Kanchil:

saya faham, memang ramai tidak berpuas hati untuk membina kuil di tengah2 seksyen 3.

tetapi tidaklah perlu menunjukkan kemarahan dengan menghina agama lain. kalau benar, ia masalah oleh ahli politik, bincanglah dengan mereka.

mengapa marahkan agama Hindu? mengapa perlu sembelih kepala lembu dan dipijaknya?

kan dah menjadi lebih masalah kalau agama lain memandang agama kita sebagai agama yang menggalakkan keganasan seperti ini.

Islam itu agama yang lemah lembut. ada banyak cara yang lain. kalau protes sekalipun, tdak perlu banner2 yang menghina agama lain malah merendahkan lagi agama kita seperti "take beer". mengapa perlu sedimikian rupa?

InsyaAllah..