Saturday, March 13, 2010

maaf Mr.Conquest, Ms.Linda

bila kita buat salah, biasanya akan rasa bersalah

pagi tadi, cahaya matahari menyimbah muka..

maka saya terjaga dengan senyuman..

'indah pagi ni..' ujar saya dalam hati..

bila mata dibuka, pandangan terasa asing..

saya pejam semula mata, cuba mengingat apa yang terjadi..



semalam..
rancangan memasak nasi goreng kampung, kari ayam dan telur goreng berjalan dengan lancar.

Mr.H dan saya terdampar kekenyangan usai habis hidangan.

sebagai tambahan, air sirap ais.

jam menunjukkan pukul 12.00 malam.

'success!! huhu!!!' jerit saya pada Mr.H selepas menghabiskan gelas ke-3 sirap ais.

sambil high-5 tangannya, kami teruskan bergelak tawa dan berborak.

esok, kami akan pulang ke rumah masing-masing untuk bercuti selama 2 minggu.

perancangan dibuat untuk selepas habis cuti.

perancangan untuk makan besar.

kari kambing, tuna, nasi goreng, pasta, sos spaghetti.. antara cadangan2 yang di utarakan.

setelah berborak hampir sejam, masing2 berteleku menghadap henset masing2.

kemudian, saya klik pada laptop Mr.H, ternampak fail yang dinamakan 'The Matrix, Triology'

'Macam menarik je.. aku pun tak pernah faham cerita tu..' ujar saya dalam hati.

saya picingkan mata ke tepi.

Mr.H masih menghadap hensetnya.

'H, aku nak tengok Matrix jap. boleh?'

'Tengokla..' kata Mr.H seperti malas melayan.

tersenyum, saya klik pada fail tersebut, klik pada icon yang tertera kemudiannya, nama dibawahnya, 'The Matrix'

Saya menonton filem tersebut yang sudah berumur 10 tahun..


pagi..

saya buka mata kembali..

saya tertidur rupanya.

saya tersenyum sendiri.

saya memalingkan pandangan ke tepi,

'H dah bangun ke. awal pulak dia bangun..' fikir saya..

kemudian..

'eh, kejap!'

saya tersentak

saya lihat jam henset.

10.38 am..

terpegun..

Kelas bermula jam 8.15 am, tamat jam 10.25 am

3 comments:

Haq Mohaidin said...

aku kejut kau kol 7.45, tnye ade kelas ke x. kau jwb, "supposedly ade," lepas tu kau pon tdo balik.nice ah

kash berimbun said...

aku pon x perasan aku jawab.. mamai macam ape ntah

Hfz A. said...

padan muka :)