Wednesday, March 31, 2010

Jangan la buat-buat pandai

Rasa pelik bila terfikir mak dan ayah tak pernah tengok blog saya ni.

Kalau ditengok hasil tulisan saya ni, mahu bangga mereka ini.

Abah pernah usha sekali blog saya ni.

Di ushanye post berkenaan soalan Sejarah dalam SPM saya tu.

Dia kata " Haah kan, patutnya bagi la elok sikit bentuk soalan tu"

Saya senyum, terkenang abah menyokong pendapat saya selaku anaknya yang selalu diberi 
nasihat.

Teringat dulu abah ada ingatkan suruh menulis dengan menerapkan nilai-nilai murni.

Saya fikir panjang juga.

Kalau dah cerita pasal makanan, macamana nak terapkan nilai murni?

Jadi saya sebutlah pasal ingatkan mati.

Bagi nampak macam ada unsur2 insaf sikit, dengan unsur2 seram pun ada sikit, baru jelas sikit 
nilai murni yang nak disampaikan.

Rasa bersalah pulak pada Abah sebab tak ambil serius nasihat beliau.

Kali ni saya nak komen pasal isu 1 Malaysia dan 1 Israel tu.

Saya pun tak faham sangat sebenarnya.

Sampailah baca blog DS Anwar beberapa minit lalu dan merujuk kepada arkib Malaysian 
Insider.

Katanya, konsep 1 Malaysia nak dekat sama dengan 1 Israel, ala2 kembar siam lain agama gitu.

berkaitan penglibatan APCO dengan Israel.

Berkaitan kerajaan rugi puluhan juta ringgit kerana meng'employ' APCO ni.

Memandangkan DS Najib tak komen apa2 lagi, rakyat pun tertanya-tanya.

Betul ke tiru Israel ni Dato?

Sebab kalau tiru Israel, kita ni dah kafir ke?

Ke kita secara tak sengaja atau sengaja dah tolong Israel?

Saya pun tak tahu. masih tidak jelas

Siapa tahu boleh tolong ulas.

Apa-apa pun, kepada mereka yang tak tahu, jangan buat-buat tahu dan buat kesimpulan sendiri.

Tidak elok.

Nilai murninya di sini, bila dah faham isu, bila dah dengar dari pihak2 yang didakwa, baru buat kesimpulan.

Jangan jadi macam seorang insan yang saya kenal ni.

2 comments:

Arjuna said...

Salam...

Kasyful, komen sket pasal budak Rafiqin neh....

http://www.facebook.com/group.php?gid=108038249229889&ref=ss

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs390.snc3/23796_108161705883352_100000685696251_103483_5976619_n.jpg

Syukri Sapuan said...

rileks suda~