Bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia?
Kawan-kawan saya ada bangsa India, ada bangsa Cina
Semua guna bahasa yang sama
Kadang-kadang bahasa Inggeris
Kadang-kadang bahasa Melayu.
Bahasa Melayu ke bahasa Malaysia?
Fikir lama-lama, pening-pening kepala
Ada yang tak puasa hati
Mereka takut bahasa kita nanti mati
Ayah saya pernah cakap,
Bahasa kita ni bahasa yang unik
Jadi pengantar ilmu agama
Diguna pakai seluruh nusantara
Tapi tu kisah dahulukala
Sekarang ini apa bahasa kita pun dah lupa
Mana bahasa kita?
Mne bhasa kte?
Mn bhs kt?
Bahasa Melayu ke bahasa Malaysia?
Ramai risau pasal bahasa
Sampai terlupa ilmu dunia
Ilmu agama pun sama sahaja
Tak kisah yer?
Tak apa la
Kita tunggu 20 tahun lagi.
Ketika itu baru nak bukak mata.
Semua dah hilang, lenyap semuanya
3 comments:
like!
Haq: Like u too!(???)
suka!
Post a Comment