Tuesday, April 6, 2010

Rep: Arjuna


Melihat pada komen Mr Rafiqin tu, memang amat melampau sekali.

Tak sepatutnya arwah Din Beramboi dikutuk sedimikian rupa.

Melihatkan dia sudahpun meninggal dunia, lebih baik disedekahkan Alfatihah dan mengingati benda-benda yang baik. 

Jika ada salah laku arwah, itu diantara dia dan Allah, diantara dia dan sesiapa yang disalahi.

dan memaafkan itu lebih baik.

Tapi semarah mana sekalipun peminat dan orang lain pada si Rafiqin ni, tidak perlu dikutuk lagi dia sampai timbul 'babi, pukimak' dll.

Jadi apa bezanya si Rafiqin dan pengutuknya yang berkata-kata kasar?

Rafiqin mengutuk arwah atas salah yang dilakukan, Orang lain mengutuk Rafiqin atas salah yang dilakukan.

Keduanya mengeluarkan kata kasar, mengutuk secara kesat. 

Bezanya, Rafiqin mengutuk orang yang telah meninggal.

Ini pendapat saya sahaja. 

Pada saya, tak perlulah nak di hebohkan lagi berkenaan perkara ni. 

Betul, si pesalah tu dah buat salah, tapi kalau dihebohkan lagi, tak membawa apa-apa yang baik pun.

Si pesalah dah dikenal pasti, jumpa dan kaunseling. kalau dilaporkan pada polis, biar polis buat apa yang mereka patut buat.

Takziah buat keluarga Din Beramboi. Alfatihah untuk arwah.

2 comments:

Arjuna said...

Orang Melayu kita memang tak boleh lari dari maki-makian.

Harap adik Rafiqin yang masih mentah tu diberi tindakan sewajarnya. Tindakan dia mungkin berpunca dari keluarganya yang bermasalah.

Syukri Sapuan said...

aku peminat din beramboi.


woha!