Saya cemburu pada sahabat saya yang berjaya ke luar negara.
Kali ini bukan kerana kualiti belajar, universiti bagus tak bagus, tidak..
Kerana pengalaman..
Membaca tentang protes-protes di luar negara, peristiwa-peristiwa reformasi yang berlaku.
Semuanya hampir pada mereka.
Saya cemburu kerana saya mahu tahu pandangan manusia dari sudut orang2 negara luar, budaya mereka, bagaimana mereka menangani maklumat-maklumat ini melalui pandangan mereka.
Orang kata, ke luar negara ni membuka minda.
Saya masih di bangku sekolah rendah pada tahun 1998, tahun berlakunya Reformasi yang diketuai Anwar dulu.
Darjah 2..
Saya ingat lagi pada waktu itu, mengikut saja apa yang orang cakap..
Mahathir jahat, menipu rakyat, macam-macam lagi.
Saya ikut saja. Setuju saja.
Lagi-lagi apabila pakcik sendiri dikatakan dalam senarai akan ditangkap oleh polis kerana sangkut pautnya dengan Anwar sampai dia bawa keluarga lari ke Indonesia.
Lagi la saya sokong. Kutuk kerajaan jahat, kejam. Ketika itu baru darjah 2. Tak faham apa pun sebenarnya.
Tahun 2011, 13 tahun sudah berlalu, saya di tepi tingkap bilik di Kolej Perindu menaip post ini.
Walaupun tiada lagi gerakan sebesar-besar Reformasi 1998, pembangkang semakin stabil.
Sama ada semakin stabil, atau saya yang semakin pandai membaca suratkhabar mainstream dan blog2 internet tentang apa yang berlaku pada masa kini.
Setelah habis UPSR, saya menyambung pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak.
Tempat yang membuat saya rajin belajar dan lulus cemerlang dalam PMR dan SPM.
Walaubagaimanapun, jauh di sudut hati, rasa terkurung itu ada. Duduk di asrama, tidak sebebas duduk di luar. Baik atau tidak, belakang cerita.
Setelah gagal ke luar negara, diantara perasaan sedih yang saya rasai adalah kekecewaan kerana tidak dapat apa yang saya mahukan. Melihat pandangan manusia selain di Malaysia.
Rasa terkurung semula.
Orang kata ke luar negara ni membuka minda.
Itulah masalahnya. Orang yang kata. Saya tidak dapat merasa dan menentukan baik-buruknya.
Seperti kawan-kawan saya yang lain yang dapat merasa dan menentukan yang terbaik untuk mereka.
Saya memang suka memerhati dan menambah ilmu dari segi sudut pandangan.
Pada darjah 2, saya hanya menurut.
Kini saya mahu tahu, memikirkan dan membentuk pendapat sendiri. Setuju atau tidak. etc2.
Contoh, sahabat-sahabat yang begitu hampir dengan protes di Mesir kini.
Jangan pergi protes sekali pulak. bahaya.
Dindaku Qistina sekali. Hati-hati.
Elok-elok jaga diri. Kautlah ilmu sebanyak mungkin. Tapi ingat, jangan menjadi pak turut.
Fikirkan yang terbaik untuk agama, diri dan masyarakat.
2 comments:
well said
-angah-
Angah: as homer wud say "welledy welledy welledy.." thanx yer ngah.
Post a Comment