Sunday, February 20, 2011

Lelah, tertekan, Bertumbuk

semakin susah nak tulis sesuatu yang menampakkan kebijaksanaan saya.

saya tak kisah jika tulisan saya dianggap picisan oleh orang lain

tapi saya akan kisah jika saya sendiri mula menganggap tulisan sendiri sebagai picisan.

mungkin lebih baik menulis sahaja jika selepas menulis saya boleh tersenyum.

monsieur Azhar minta pelajar kelas Perancis beliau membuat video.

rakaman setiap pelajarnya masing-masing menyebut hari Isnin sehingga Ahad dalam bahasa Perancis.

Lidah saya memang petah bahasa apa pun.

Tapi amat susah nak hafal tujuh perkataan baru yakni hari2 dalam bahasa Perancis.

Celaka.

Nak buat video pun guna video laptop. suara tidak berapa kedengaran di sebalik rakaman.

Saya harap apa yang saya sedang buat ni perkara yang betul.

Saya sebenarnya sedang mengarut tanpa tujuan.

Ada tujuan sebenarnya, mungkin ingin melepaskan perasaan lelah.

sahabat saya seperti biasa menyindir kes sodomi saiful dan anwar ibrahim.

walaupun saya rasa sindiran teddy bearnye comel, tapi tidaklah berapa lucu rasanya.

saya pula?

masih cuba menghilangkan perasaan lelah.

mungkin kalau ada duit yang banyak sikit, boleh keluar ke seksyen mana-mana di Shah Alam ni untuk makan makanan arab.

lega sikit lelah.

Dah clash sekali lagi.

3rd time clash sejak mula gatal mengorat anak dara orang.

lepas ni, apa nak jadi, akan terjadi. Hujan pasti berhenti.

mula rasa diperbodohkan oleh ahli politik celaka.

Macamana ada sahabat-sahabat yang memang begitu yakin menyokong ahli politik2 ni?

Saya cuba fikir lebih 1000 kali sejak SBPI Gombak.

Masih tidak dapat jawapan.

Sesiapa yang nak bergaduh dengan saya, literally bertumbuk, gaduh pakai tangan kaki,

sila hubungi saya,

blanc_noir19@yahoo.com

saya nak lepas lelah dan stress.

No hard feeling.

Just bertumbuk.

Lepas tu boleh kita pergi keluar makan makanan arab.

Duit masing-masing.

3 comments:

Hfz A. said...

saya nak jadi pertama tumbuk.

bab clash tu,saya no komen!
and makanan arab sounds nice.

Haq Mohaidin said...

kau clash ke? nnti story2.

kash berimbun said...

HfzA: meh la gaduh. nk release ni.
Haq: punye panjang aku tulis, bab tu jugak yg ko nk mntak story