Thursday, April 30, 2009

terima kasih

saya nak mengucapkan terima kasih kepada sahabat saya haq dan syuk yang telah membantu dalam menyokong membuat blog. terima kasih kepada abah saya, Shahlan bin Ismail yang banyak mengajar untuk berfikir dahulu sebelum berbuat apa2. terima kasih kepada mak saya, Noralaini bt Ismail, kerana tak henti2 marah untuk mengingatkan tentang kesihatan, belajar dan kerja2 lain. terima kasih kepada abg dan kakak saya yang sentiasa sudi dan redha menghabiskan duit minyak menghantar saya ke kolej dan ke tempat lain.

terima kasih kepada peniaga-peniaga top up bervisi di dalam kolej (amir, yana, zafri,syahir, paklah,etc) kerana tanpa anda, saya tidak akan dpt memanfaatkan wang untuk membina ukhuwah keluarga dan sahabat dan Sahabat.

terima kasih kepada guru2 di kolej yang tidak pernah berat hati untuk memberikan kerja yang menggunung dan menyumbang kepada kejayaan dalam pelajaran beserta ketabahan hati dan kebijaksanaan untuk mengelakkan kepala pecah.

terima kasih kepada kawan2 yang boleh dibawa bergurau, chalet mates (ansari, hanif, dan barath), kawan2 surau, kawan2 dalam house kerana sudi menjadi tempat meluahkan perasaan yang tidak berniat lain selain daipada murni dan ikhlas semata.

terima kasih kepada kakak dan abang dining hall kerana menyediakan makanan setiap hari yang nyata lebih sedap dari mi ruski tomyam di bilik saya dan mana2 dining hall lain. teruskan western hari rabu.

terima kasih kepada matron, pn haminah di sickbay kerana sudi melayan saya setiap kali sakit dan sentiasa ringan tangan menulis m.c.

terima kasih juga kepada abang2 dan kakak2 janitor yang murah dengan senyuman setiap kali kita bertentang mata dan kerana sudi menyelamatkan saya ketika hari saya jatuh longkang dahulu.

terima kasih juga kepada pakcik guard yang menjaga bahagian chalet lelaki kerana concern dan sentiasa bertanya 'adik sudah makan ka?'

terima kasih kepada abang2 dan kakak2 di bahagian student service, it centre, admin dan juga resource centre kerana sentiasa membantu saya hidup dengan lebih selesa.

terima kasih kepada sahabat-sahabat kolej kerana bertindak mengikut perangai masing2, senonoh dan tidak, lantas menyumbang secara tidak lansung ke atas idea setiap post.

terima kasih juga kepada politician negara, kerajaan atau pembangkang, kerana membantu memecah belahkan rakyat, menunjukkan contoh yang baik bagi belia-belia ketika anda di parlimen, membantu untuk meningkatkan skill menipu dalam pengucapan awam, menyumbangkan sebab untuk saya berfikir lebih lanjut tentang situasi negara kita. (saya susah nak percaya politician)

Last but not least, Thank You Allah for giving me the ability to think, to read, to write, and to develop self-consciousness. Allah, you are the Best..

2 comments:

Zatil said...

sile letak name saye di sebelah penghargaan kpd 'kakak' itu ye =P

Syukri Sapuan said...

terima kasih juga kerana menjadikan p-15 sbg chalet paling damai & tempat paling selesa utk bermonolog sendiri di lembah terasing ini..