Thursday, February 3, 2011

Mesir, Orang kaya, Isteri pemimpin

Ketika Mesir mengamuk,

Kita melihat jutawan Mesir terbang ke luar negara.

Mereka yang turun berdemonstrasi berhujah jurang pendapatan golongan pendapatan rendah dan tinggi terlalu besar.

Pembangunan infrastruktur juga dikatakan tidak memberansangkan.

Termasuk masalah pengangguran.

Dan yang paling penting, pemerintahan Hosni Mubarak dituduh puncanya.

Mengapa? masalah biasa pada semua pemimpin yang korup.

Ketirisan wang negara yang tidak mengalir pada rakyat.

Ketika Mesir mengamuk, para jutawan Mesir lari.

Mengapa tidak turun berdemonstrasi sekali?

Apa yang mereka takutkan?

1. Mungkin mereka ingin melindungi keluarga mereka.

2. Mereka lebih mengutamakan untuk melindungi harta mereka dan tidak kisah akan rakyat lain yang menderita.

3. Mereka penyokong status quo dimana Hosni sebagai presiden dan takut akan diketahui oleh mereka yang berdemonstrasi.

Bak kata ayah saya. "Tengoklah, bila negara senang suka, bila negara susah lari."

Contoh simulasi, siapa yang akan lari jika Malaysia jatuh ke dalam konflik yang sama kelak?

Adakah PM dan Isteri seperti yang terjadi pada pemimpin Tunisia dan isterinya?

Alang2 sudah tersebut berkenaan Isteri pemimpin ni, suka saya mengulas sedikit.

Sejarah menyaksikan pemimpin2 yang jatuh. Diantara faktor2 popular kejatuhan adalah wanita.

Antara yang saya ingat seperti pemimpin monarki terahir Perancis, Louis XVI.

Isterinya Marie Antoinette. Dengarnya, penduduk Perancis ketika itu cukup menyampah dengan dia.

Wanita-wanita ini tidaklah terlibat lansung dalam menghancurkan ekonomi rakyat.

Tapi lebih kepada membuatkan rakyat muak dan benci.

Muak dan benci pada siapa?

Pada wanita itu dan suaminya sekali kerana membiarkan isteri berperangai membencikan.

Kesannya? menambah minyak pada api.

Lebih2 lagi api orang muda...

Itulah yang terjadi dengan Rosmah dan Suami.

Sekian.

3 comments:

Dai said...

suka.

Haq Mohaidin said...

wuish.boss ayah baca kang

kash berimbun said...

dai: terima kasih.
Haq: menegur utk kebaikan, meletakkan satus quo yg seadanya