Sunday, March 6, 2011

benda2 celaka yang mampu menaikkan kemarahan

"A person is smart. People are dumb, panicky, dangerous animals and you know it" - petikan dari filem Men In Black

Maksudnya, kalau anda seorang sahaja yang bertindak, anda akan bertindak dengan timbang rasa rasional.

Dan kalau anda bertindak beramai2, biasanya, tindakan itu bodoh, tidak rasional, ganas, bangang, celaka, dan lain2.

Kadang2 sahaja.

Sebentar tadi terjadi benda yang kadang2.

Analisis dan Ringkasan peristiwa:

1. Manusia yang bangang kerana tidak reti beratur dan bertolak2 bagai nak rak. Dan mereka bukannya warga Palestin yang perlu berebut untuk sebutir nasi.

2. Golongan Ketua2 Manusia tersebut yang tidak reti membuat perancangan untuk memastikan orang tidak bertolak2 dan teratur.

3.Saya penat kerana baru balik dari Bangi sepanjang hari kerana ada program, kena tunggu hampir 3 jam di stadium, dipaksa berdiri di padang pada waktu malam atas dasar propaganda kolej yang tidak ada ertinya.

4.Saya tidak dapat kupon, kerana tidak berebut dengan golongan Manusia diatas atas dasar tamadun.

5. Kupon tidak diprint cukup dan ada yang mengambil lebih kerana No.2

6. Mereka yang tidak dapat disuruh tulis nama oleh Ketua Manusia atas sekeping kertas dan menuntut kupon nanti di Bilik Gerakan.

7. Ketua Manusia tersebut berkata "Korang lah. siapa suruh berebut2. Kalau tak berebut tadi, dah dapat dah."

8. Saya tdak berebut, dan tidak dapat kupon.

Alkisah Peristiwanya...

Sejak masuk kolej Perindu, pengetua kolej memang dah cakap awal2.

Siapa yang nak kekal di kolej tahun depan, kena aktif dengan aktiviti kolej.

Macamana nak buktikan anda aktif?

Setiap program akan ada kupon untuk dilekatkan pada kad aktiviti kolej.

Maka bermulalah misi setiap warga kolej mencari kupon.

Maka tadi ada penutup Sukan Kolej UiTM Shah Alam.

Berbondong2lah warga perindu pergi ke stadium sebab khabarnya kupon yang diberi bertaraf BINTANG.

Apa maksudnya? Wallahualam.

Habis acara.

Warga yang hadir dalam hampir 100 orang berebut macam orang tak sihat pemikiran nak mengambil kupon.

Saya tidak dapat.

Kupon habis. Ada yang ambil lebih dari satu.

Kena suruh tulis nama untuk tuntut kupon selepas ini.

...............................................

Kesimpulan,

Celaka..

Aku penat..

2 comments:

Anonymous said...

dah brape byk kupon dah kumpul? harap bersabar. wakaka.
-angah cun-

kash berimbun said...

Angah: Cunkah? Persoalan di situ. Kupon? masih x cukup untuk apply