Jumaat lalu pulang ke Kelantan.
Sampai pada jam 5.30 pagi +-.
Jam 7.30 mama kejut suruh ikut dia beli nasi belauk buat sarapan.
Almaklum, rumah ni beras tak sempat nak beli lagi sebab tak ada manusia yang duduk sejak bulan2 lepas.
Dengan perasaan ngantuk, pergilah.
Tempatnya tak lain tak bukan berhampiran bulatan Pasir Mas, gerai nasi belauk paling famous bagi keluarga ni.
Bawah pokok saja gerainya.
Tapi, pada jam 7.30 pagi, dah belasan orang menunggu giliran masing2 membeli bungkusan nasi.
Selain nasi belauk, ada nasi kerabu, nasi dagang, kuih muih, etc2.
Mama beli dalam 16 bungkus. Nasi belauk ada, nasi kerabu ada, nasi dagang ada.
Banyak? memang banyak.
Kenapa? mama memang beli extra selalu.
Kenapa?
Sebab keluarga saya memang cukup suka nasi belauk, nasi dagang, nasi kerabu.
Mesti ada yang tambah.
Saya memang sudah pasti tambah.
Tak masuk adik2 lain, kakak, abang, ipar2, etc2.
Maka bermula pada pagi itu, bermulalah rejim diet yang tidak sehat sepanjang di Kelantan.
Pagi nasi. Tengahari nasi. Malam nasi.
Proses yang sama diulang selama 3 hari.
Itu tak masuk yang tambah nasi pulak.
Hari ke3 pulak memang ada buat kenduri di rumah (tujuan balik).
Memang obes aku kalau tinggal di Kelantan lama2.
Fuh.
Senarai Kecintaan.
Selepas agama, rasul dan ibubapa.
1.Makanan
2.Kekasih
3.Negara
p/s: siapa yang tak tahu apakah itu nasi belauk, nasi dagang, nasi kerabu, brengsek lu. Ambik tahu la weyh!
3 comments:
shut up and eat la woi!
grrr
Kaaassssshhhhhhhh!!!!!!!!!! sampai hati kau..... T_T
Dai n HfzA: Blajar la masak! Cari oghe kelate buat suami or bini or chef kat UK. muahahaa
Post a Comment