Saturday, March 5, 2011

Orang muda Tak Suka Orang Tua Ungkit2 ni

Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar UiTM baru lepas.

Seperti biasa, mahasiswa2 diajak mengundi.

Saya tak sokong wakil fakulti undang2 yang menang.

Saya tak kenal dia. Jadi saya hakimi dia pada pertama kali saya dengar dia bercakap.

Dia masuk ketika kelas Tort sedang berlansung. beberapa hari sebelum undian. Dapat izin dari pensyarah.

Dia masuk dan berkempen sekejap.

Cara dia bercakap, tak impressif pada mata saya.

Saya undi orang lain yang saya dah kenal lebih sikit daripada dia.

Orang lain yang ada karisma sedikit pada mata saya walaupun ada orang kata calon tersebut macam gila kuasa sedikit.

Malangnya, dia jugak yang menang. Bukan rezeki calon saya.

Tak mengapa, bukan itu isunya kali ini.

Saya teringat perbualan antara sahabat2 yang kategori tidak mengundi atau mengundi tapi pada dasar menunaikan tanggungjawab sahaja.

Tanggungjawab apa? Saya pun tidak jelas sampai sekarang..

Kami berbicara tentang ucapan2 atau ceramah2 yang sering didengari di UiTM.

Kita kena mengenang jasa pemimpin dahulu yang telah banyak berjasa untuk negara.

Balas jasa mereka.

Macammana nak balas jasa mereka?

Antara ayat yang biasa didengar,

" Jangan kita jadi pengkhianat bangsa pula! Pertahankan apa yang kita ada. Bayangkan apa yang akan jadi kalau pemimpin dahulu tidak berusaha untuk apa yang kita ada sekarang. Kerana merekalah, kamu semua boleh duduk di UiTM"

Orang muda rasa diugut.

Kena menyokong perjuangan pemimpin terdahulu kalau tidak akan dianggap pengkhianat.

Orang muda kata mereka tidak suka perkara lama diungkit kembali.

Kerana perlakuan pemimpin terdahulu, orang muda kini diletakkan sebagai penyambung benteng pertahanan bangsa sama ada mahu atau tidak.

Rasa tersepit. Kerana rasanya nak sokong mereka yang menyambung perjuangan pemimpin terdahulu, mereka ini banyak salahnya.

Jadi kami perlu sokong kerana ingin mengenang jasa?

Pembetulan:

Apa salahnya mengenang jasa?

Sama ada pemimpin dahulu ikhlas atau tidak, faktanya adalah kerana mereka berusaha, ada siswa dapat belajar di UiTM.

Apa yang perlu menjadi perhatian adalah sokong yang mana betul, sangkak yang mana salah.

Jangan sokong pemimpin kini kerana mengenang jasa pemimpin dahulu.

Sokong yang mana benar.

Usaha pemimpin dahulu, kita kenang sebagai jasa. Kerana kita masih dapat belajar.

Tetapi, siapa yang salah, kita sangkak.

Jangan jadi terlampau marah sampai terus tidak mahu mengenang usaha2 pemimpin lalu.

Bersangka baik..

No comments: