Thursday, March 3, 2011

Nasi Lemak dan Keangkuhan Manusia

bila hidup mula kelam kabut.

banyak benda nak kena buat serentak.

That is what u get for delaying things.


Pengajarannya, jangan buat kerja minit akhir.

.......

Suatu masa dahulu.

Sebungkus nasi lemak itu memerhatikan seorang lelaki muda..

Seakan2 merayu..

"ambillah saya. saya sedap jugak apa."

tertulis pada bungkusan kertasnya, 1.30.

Tangan lelaki muda mencapai..

Tetapi mencapai nasi lemak lain disebelahnya..

Tertulis pada bungkusan, 2.00 telur mata.

Sebungkus nasi lemak tadi sedih mengenang nasib..

Dirinya lebih kecil..

Dan harganya lebih murah..

Mereka yang berduit, tidak akan memilihnya..

Sedih lagi nasi lemak itu..

Kerana dia juga sedap, malah lebih daripada yang bertelur mata..

Tetapi kerana rupa, dia dipinggirkan..

Beberapa minggu kemudian..

Adik nasi lemak yang lalu memerhati..

Nasi lemak ini terdengar cerita daripada bekas makanan yang didiaminya..

"Ramai pilih yang 2.00 dulu. Sedap dan puas hati kata mereka"

Nasi lemak down..

Nasi lemak itu memerhati lagi..

Seorang lelaki muda melangkah ke bekas makanan yang didiaminya..

"Dialah lelaki hari itu." kata bekas makanan kepada nasi lemak.

Nasi lemak melihat gelagat lelaki muda..

Lelaki muda membelek dompetnya..

Dia berhenti seketika..

Nasi lemak berdebar2..

Tangan lelaki mencapai..

Nasi lemak 2.00 berada di sebelahnya..

Siapakah yang akan lelaki muda pilih..

Lelaki muda menyentuh nasi lemak 2.00..

Nasi lemak 1.30 kecewa..

Tiba-tiba..

Nasi lemak 1.30 diangkat dari bekas makanan..

Bahagianya nasi lemak..

Dia ucapkan selamat tinggal kepada bekas makanan..

......

"Kasy, sikit je nasik."

"Nak buat macamna, tak reti saving macam ni la"

Makan sikit..

"Sedap dow sambal dia!"

5 minit dah habis..

3 comments:

Dai said...

tak basi ke nasik lemak seringgit tiga kupang tu? berminggu dah kena jual? =)

Anonymous said...

hahah. tak cukup duit ke kamu??
-angah

kash berimbun said...

dai: nasi lemak lain.. harga sama.. sama jenis..

Angah: terdesak hidup.. macam ni la..